Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jagalah Perkataanmu, Berkata Yang Baik-Baik

Jagalah Perkataanmu, Berkata Yang Baik-Baik. Fikir yang baik-baik, cakap yang baik-baik. Insya Allah yang baik-baik saja akan datang kepadamu. Ini semua memang benar, segala perkara bermula dengan niat yang baik pasti Allah lorongkan jalannya, permudahkan semuanya.

Bila kita cakap yang baik-baik, insya Allah yang baik-baik juga akan hadir dalam hidup kita. Anggaplah setiap perkataan yang keluar dari mulut seperti doa. Nescaya, jika Allah perkenankan perkataan dan fikiran yang baik itu, ia hadiah tak ternilai buat diri kita.

Allah SWT berfirman menerusi Surah al-Baqarah ayat 263 yang bermaksud : (Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. Menerusi ayat ini Allah SWT menyebut mengenai perkataan yang baik dan lawannya ialah perkara yang menyakitkan berupa bahasa sindiran atau sarkastik. - sumber IKIM Malaysia

Jagalah perkataanmu



Jagalah Perkataanmu, Berkata Yang Baik-Baik


BERKATALAH DENGAN PERKATAAN YANG BAIK sebab bila kita baik orang sayang. Ramai yang sayang dan ambil berat. Bahaimanakah nak jaei baik dan dikelilingi orang yang baik-baik? Kena usaha dan cari ya sayang.. kebaikan tak datang bergolek senang lenang. Kita pun kena bergerak mencari benda-benda baik yang kita suka. Carilah yang mudah dan santai dulu, contohnya kawan-kawan di sekitar kita. Pilih perlahan-lahan, tapis siapa kawan dan sebaliknya. Kalau nak menghindar dari kawan-kawan yang tak berfaedah, buat dengan cara berhemah.

Mulakan dengan jaga lisan, perkataan kita. Firman Allah SWT :

ÙˆَÙ‚ُÙ„ Ù„ِّعِبَادِÛŒ ÛŒَÙ‚ُولُوا۟ ٱلَّتِÛŒ Ù‡ِÛŒَ Ø£َØ­ۡسَÙ†ُۚ


[Surah Al-Isra' 53]

‎Terjemahan :

"Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik;"

Bila kita jaga lisan dan perbuatan, hati rasa lebih tenang. Tak risau jika ada orang yang berkecil hati atau berdendam dengan kita.

Banyak kesannya terhadap kehidupan kita bila kita menjaga perkataan kita. Ia boleh menjernihkan perhubungan silaturrahim. 

Berkata yang baik-baik juga umpama satu doa di mana kita mengharapkan perkara baik berlaku kepada kita. Ia juga ibarat terapi kepada orang yang mendengarkan ucapan yang baik-baik, perasaan tenang je, tak kena darah tinggi, rasa hidup lebih positif dan sebagainya.

Jadi, hiasi bibir dengan senyuman dan basahkan lidah dengan ucapan yang baik-baik. Berkata baik tak mahal ya harganya malahan kita akan dapat sahabat baru dan ramai yang sayang kita berbanding dengan orang yang suka berkata buruk dan kasar dalam perbualannya.

Renungkanlah!!

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Apabila dah biasa berkata baik.. kita akan mulai rasa tidak senang utk mendengar perkataan yg tidak baik.. semoga kita sentiasa menjaga lisan kita daripada berkata buruk.. terima kasih atas perkongsian ^^

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close