Header Ads

Beli Beg Michael Kors Jet Set Online


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Beli Beg Michael Kors Jet Set Online
Beli Beg Michael Kors Online. Shopping memang antara aktiviti faveret orang perempuan. Dah macam satu terapi pula bila dah penat bekerja, belilah sebiji dua beg atau kasut branded. Nak beli barangan branded original tak susah ya sayang sayang semua.. secara online pun dah boleh. Tak perlu nak merayap ke shopping complex atau shopping outlet yang kena berebut parking dan sebagainya. Saya telah sempat beli satu beg jenama Michael Kors (MK) ketika PKP bulan April hari tu dan beg baru sampai hari ini iaitu 14 Oktober 2020. Sebab apa lewat? Sebab satu dunia kena serangan pandemik Covid-19. So, banyak shipment dari overseas yang tergendala termasuklah beg tangan MK saya. Sebab itu bila shopping online dalam keadaan PKP atau PKPP kena banyak-banyak bersabar.

Ada juga orang tanya, beli beg mahal atau murah sama saja. Branded atau tidak.. serupa juga. Tetapi.. bukan itu yang jadi ukuran bagi penggemar beg tangan. Beli belah ni sebagai satu "reward" pada diri sendiri kerana telah berkorban bekerja sepanjang minggu. Kalau anda ada cara lain nak hargai diri, ikutlah cara sendiri, yang penting kita rasa senang dan happy.


Beli Beg Michael Kors Jet Set Online


Beli Beg Michael Kors Online

Beg yang saya beli tak lah besar sangat tetapi sesuai je kalau nak pergi jalan-jalan atau apa acara sekalipun. Warna dia black dan sedikit coklat.. dan kulit beg agak lembut. Memang menggembirakan saya. Sebab sebelum ini saya pernah beli beg MK tetapi saiznya agak besar dan kulitnya keras. 

Ini lah rupa beg tangan MK yang saya beli online (rujuk gambar bawah) dan sabar menunggu dengan lama.. hehe

Begnya boleh guna untuk cross body atau sangkut di bahu macam dalam gambar. Jap saya share beg yang saya dapat.

Kulit dia memang lembut, puas hati beli walau kena sabar menanti ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Pada mulanya pihak seller @ butik kata beg saya tak sampai. Cari juga berhari-hari apabila sudah sampai dari kastam dan imigresen. 

So, dia orang offer nak refund full duit saya sekitar RM599. Okay lah sebab tak ada beg idaman, saya decide mintak refund. 


Tetiba 3 hari lepas dia orang kata ada pulak. Tersilap pandang jenis beg. Huish.. tak sempat nak frust. Pihak seller hantar 13/10/2020, hari ini dah sampai. Dia orang guna servis Easy Parcel. Memang pantas tau..




Alhamdulillah.

Beg ni saiz dia comel je, tak perlu risau ya, sesuai untuk kenduri kahwin, pejabat atau jalan-jalan shopping. Tak ada masalah.. boleh mix and match.

Happy shopping ๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.