Jika anda berterusan stres dan tidak mampu menyelesaikannya sendiri, baik dapatkan rawatan dari pakar yang bertauliah. Jangan biarkan stres anda berlarutan kerana membahayakan kesihatan juga.
Tanda-Tanda Anda Sedang Stres
Apa yang KKM kongsikan ni boleh kita semak diri sendiri adakah kita sedang stress atau menghadapi tekanan.
Tanda-Tanda Fizikal Stres:
1. Kering mulut
2. Gementar
3. Sakit kepala
4. Masalah tidur
5. Cepat letih
6. Lenguh badan
7. Jantung berdebar-debar
8. Sakit perut
9. Cirit-birit
Segi Psikologi:
1. Gelisah
2. Cepat marah
3. Lemah semangat
4. Bimbang
5. Kurang daya tumpuan
Jika anda semua ada simptom atau tanda-tanda dari segi fizikal dan psikologi di atas, jangan ambil ringan saja. Sila bercerita dengan kawan-kawan terdekat dan juga dapatkan nasihat pakar yang bertauliah bagi menyelesaikan masalah anda itu.
Dalam keadaan sekarang ini, dengan ekonomi yang tidak menentu, saya tahu ramai antara kita yang sedang stress. Jangan berdiam diri. Stress perlu di rawat dalam masa yang lebih awal bagi mengelakkan anda dihinggapi penyakit lain pula.
Semoga bermanfaat.

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.