Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Hilangkan Sifat Sombong

Cara Hilangkan Sifat Sombong. Sifat sombong adalah sifat yang harus dibuang dari dalam diri kita, walau siapa pun kita dan setinggi mana pun kedudukan kita. Usah sombong mendongak langit, kerana satu masa nanti kita pun akan berada di bawah. 

"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan suka membanggakan diri." - Surah An-Nisa, ayat 36

Cara Hilangkan Sifat Sombong


Bagaimana nak hilangkan sifat sombong yang dah lama bersarang dalam diri kita? Susah ke nak buang sifat sombong tersebut? Baca penerangannya di bawah..

Cara Hilangkan Sifat Sombong


1. Selalu ingat bahawa semua yang terjadi itu atas kehendak dan izin Allah.

2. Selalu ingat semua yang kita punyai hanyalah pinjaman

3. Selalu merasa bahawa diri banyak dosa

4. Risaulah jika amalan yang dikerjakan tidak akan diterima

5. Banyak mensyukuri nikmat Allah

6. Selalu ingat bahawa dunia hanyalah sementara

Sesungguhnya sifat sombong tidak membawa kebaikan sebaliknya melemahkan diri. Orang yang penuh keangkuhan dan kesombongan dalam dirinya, akan merasai keresahan di sepanjang hidupnya selagi dia tak berubah. 

Orang yang sombong akan selalu mengakui diri sendiri benar dan kerap menyalahkan orang lain atas kesilapan yang dilakukan sendiri. Lama-kelamaan orang yang sombong akan dijauhi oleh rakan-rakan dan hidup bersendirian. 

Maka, berwaspadalah mengawal ego sendiri agar anda tidak dibelenggu kesombongan hingga ke akhir usia. Siapa yang rugi? Tentulah diri sendiri.. 

Orang yang sombong selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang. 

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Moga terhindar dari sifat sombong. Aamiin. Takut juga sebenarnyakan.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close