Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Resepi Simple Cookies Ala Famous Amos Yang Pasti Sedap

Resepi Simple Cookies Ala Famous Amos Yang Pasti Sedap. Haha.. Terjebak buat cookies sebab dah ada oven. Biasa si bujang sulung yang tolong masak guna oven, tapi sejak dia dah kembali menyambung pelajarannya jauh di seberang lautan, maka saya lah yang kena rasmikan balik alat-alat memasak yang dah lama tak cuit. Selepas ternampak kat wall FB resepi buat cookies ala Famos Amos tu.. Saya pun teringin mencuba. Manalah tahu jadi dan sedap, boleh start ambik order la macam tu.. on tak on? Haha.. 
Kelemahan saya adalah dalam bidang kek dan cookies. Memang fail. Tak pernah cuba buat cookies pun seumur hidup. Tapi kali ni kita cuba sehingga berjaya. Okay✌✌
Tengok buat cookies ala Famous Amous ni, macam senang sangat. Resepi simple, pakai senduk je kacau-kacau bagi sebati, pastu cubit-cubit pakai tangan tak perlu tekap dan kemudian bakar! Senang kan.. 😊😊

Resepi Cookies Ala Famous Amos Yang Pasti Sedap


Adunan ni dapat 4 bekas balang, yang lebar punya. Resepi ni memang banyak dapat, so boleh makan puas-puas. 
Resepi Simple Cookies Ala Famous Amos Yang Pasti Sedap

Resepi Simple Cookies Ala Famous Amos Yang Pasti Sedap

Bahan-bahan seperti di bawah:

🍪250 gram Butter 
🍪1 1/4 cawan Brown Sugar
🍪1 sudu kecil Essence Vanila
🍪1 biji Telur
🍪2 1/2 cawan Tepung Gandum
🍪1/2 cawan Tepung Jagung
🍪1 sudu kecil Baking Powder
🍪1 sudu kecil Soda Bikarbonat
🍪6 sudu besar Minyak Masak
🍪2 cawan Coklat Cip
🍪Almond nips / almond flakes --jika suka

Lagi premium (jenis mahal) bahan yang digunakan, lagi sedap rasa cookies ni tau!

Cara-cara penyediaan Cookies Ala Famous Amos


Resepi Simple Cookies Ala Famous Amos Yang Pasti Sedap

Resepi Simple Cookies Ala Famous Amos Yang Pasti Sedap
  1. Panaskan oven ke suhu 170C.
  2. Pukul butter dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur dan esen vanila.
  3. Masukkan tepung, tepung jagung & baking soda, (3 bahan tersebut diayak bersama terlebih dahulu), diikuti minyak masak, badam cincang dan chocolate chips. Kacau sebati.
  4. Bila dah jadi adunan, simpan dalam peti sejuk lebih kurang setengah jam.
  5. Kemudian, gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
  6. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.

Bila tengok resepi ni, memang mudah kan? Bila beli Famous Amos yang original tu, bukan main mahal harganya. Bila beli bahan sendiri dan buat, berbalang-balang pun boleh dapat. 

Selamat mencuba. 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

0 Comments