Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Drama Korea & Sinopsis The Penthouse - War in Life Season 2

Drama Korea The Penthouse Season 2
Gambar poster - The Penthouse Season 2

Drama Korea The Penthouse Season 2 War of Life. Drama korea yang saya benci sangat dengan kebanyakan watak dalam siri kekeluargaan, dendam, khianat dan buli.. Macam-macam perasaan bila tengok drama The Penthouse Season 1 dulu. Rasa naik darah sampai ke kepala, bila tengok karekter masing-masing. Memang menjadi betul.. 

Yang kena tindas pun lembik je nak lawan balik padahal jawatan masing-masing bukan main lagi. Ada doktor, peguam, CEO dan ramai lagi. Tikam belakang dah jadi permainan 7 sahabat dalam watak utama The Penthouse.

Drama Korea & Sinopsis The Penthouse Season 2 War of Life


Baiklah. Since saya menulis balik tentang drama korea dalam blog ini, saya akan imbas semula The Penthouse Season 1 dulu. Hanya drama korea terpilih je yang saya akan share. Mesti ada pengajaran yang kuat dalam sesebuah drama tersebut... itu syaratnya 😊😊


The Penthouse Season 1



Judul : The Penthouse
Genre : Suspense , Life , Drama , Familly , Mature


Pelakon utama :

Lee Ji Ah
Uhm Ki Joon
Kim So Yeon
Yoon Jong Hoon
Eugene


Secara ringkas mengisahkan dan fokus pada tiga karakter utama, Shim Su-ryeon (Lee Ji-ah), Cheon Seo-jin (Kim So-yeon), dan Oh Yoon-hee (Eugene), Penthouse mengangkat permasalahan sekitar pendidikan di Korea serta perniagaan hartanah dan masalah sosial di sekitarnya. Kehidupan orang kaya dan jurang sosial antara mereka.

🌶️Eps 1:

 https://www.facebook.com/groups/767070167184162/permalink/787134998511012/?app=fbl

🌶️Eps 2:   https://www.facebook.com/groups/767070167184162/permalink/787134985177680/?app=fbl

🌶️Eps 3 :   https://www.facebook.com/groups/767070167184162/permalink/791454001412445/?app=fbl

🌶️Eps 4 :   https://www.facebook.com/groups/767070167184162/permalink/792117354679443/?app=fbl

🌶️Eps 5 :   https://www.facebook.com/groups/767070167184162/permalink/797480944143084/?app=fbl

🌶️Eps 6 :   https://www.facebook.com/groups/767070167184162/permalink/797480937476418/?app=fbl

🌶️Eps 7 :   https://www.facebook.com/groups/767070167184162/permalink/806962169861628/?app=fbl

🌶️Eps 8 :   https://www.facebook.com/groups/767070167184162/permalink/806962159861629/?app=fbl

🌶️Eps 9 :   https://www.facebook.com/groups/851165139026894/permalink/861644934645581/?app=fbl

🌶️Eps 10 :   https://www.facebook.com/groups/851165139026894/permalink/862751174534957/?app=fbl

🌶️Eps 11 :   https://www.facebook.com/groups/851165139026894/permalink/862751164534958/?app=fbl

🌶️Eps 12 :   https://www.facebook.com/groups/851165139026894/permalink/866980944111980/?app=fbl

🌶️Eps 13 :   https://www.facebook.com/groups/851165139026894/permalink/872220723588002/?app=fbl

🌶️Eps 14 :   https://www.facebook.com/groups/851165139026894/permalink/872220710254670/?app=fbl

🌶️Eps 15 :   https://www.facebook.com/groups/851165139026894/permalink/872515203558554/?app=fbl

🌶️Eps 16 :   https://www.facebook.com/groups/851165139026894/permalink/876703523139722/?app=fbl

🌶️Eps 17 :   https://www.facebook.com/groups/851165139026894/permalink/877019326441475/?app=fbl

🌶️Eps 18 :   https://www.facebook.com/groups/720544505530804/permalink/727410631510858/?app=fbl

🌶️Eps 19 :   https://www.facebook.com/groups/455412979190299/permalink/470361327695464/?app=fbl

🌶️Eps 20 :   https://www.facebook.com/groups/408156327052022/permalink/412328289968159/?app=fbl

🌶️Eps 21 END :   https://www.facebook.com/groups/720544505530804/permalink/732350457683542/?app=fbl


Sempurna 20 episod The Penthouse Season 1 di atas. 


Sinopsis Drama Korea The Penthouse Season 2


Info ringkas The Penthouse Season 2

Tajuk; The Penthouse Season 2 / The Penthouse 2: War in Life
Judul Korea: 펜트하우스 2
Genre: Drama, Keluarga, Thriller, Criminal
Negara: Korea Selatan
Pengarah: Joo Dong-Min
Penulis Skrip: Kim Sun-Ok
Produser: Kim Sang-heon, Jo Hyeong-jin
Rumah Produksi: Studio S, Chorokbaem Media
Jumlah Episode: 12 Episode
Tempoh tayangan setiap episod: 75 menit
Stesyen TV: SBS, VIU,
Mula Tayang: 19 Februari 2021 – 27 Mac 2021
Jadual Tayang: Jumaat dan Sabtu, Pukul 22:00 KST (GMT+9)




Berikut kita tengok sinopsis Penthouse Season 2 yang akan mula ditayangkan di saluran ONE mulai 20 Februari 2021. Pukul 9.45 malam, kalau tak silap.. 😂😂😂

Pelakon bagi Seaaon 2 masih sama tetapi ada penambahan watak jahat dan baik pada kali ini

Oh ya, episod The Penthouse Season 2 sebanyak 12 episod. Bersiaran selama 1 1/2 setiap episod. Kiranya panjang jugak la masanya tu. Jangan darah naik kepala macam season 1 sudah!!


Mengisahkan 3 watak utamanya dari Season 1 dahulu. Lee Ji-Ah (The Legend, Thrice Married Women) sebagai Shim Su-Ryeon. Su-ryeon adalah wanita yang anggun, bergaya dan glamour yang tidak pernah menyaksikan kemiskinan dalam hidupnya. Dia juga permaisuri Penthouse. 

Kim So-Yeon (All About Eve, Iris) sebagai Cheon Seo-jin. Dia adalah wanita kaya dan sombong yang mempunyai cita-cita tinggi melangit. 

Manakala, Eugene (All About My Mom, Creating Destiny), yang melakonkan watak Oh Yoon Hee. Yoon-Hee tidak pernah mengalami kekuatan dan kekayaan. Dia juga telah melakukan beberapa pekerjaan untuk masuk ke masyarakat yang lebih tinggi, sehingga anaknya dapat memperoleh kejayaan yang lebih baik.

Akhir season 1 watak Shim Su-ryeon telah dibunuh. Namun melihat teaser terkini season 2, wajahnya masih ada. Mungkinkah Shim Su-ryeon digantikan dengan watak ibu si kembar? Nantikan episod 1 The Penthouse Season 2 mulai 20 Februari 2021 di saluran ONE.

Siapa yang akan membantu Oh Yoon Hee membalas dendam terhadap orang yang menuduh dan memfitnah dia membunuh Shim Su-Ryeon?


Apakah Yang Berlaku Dalam Drama Korea Season 2 The Penthouse?



Teaser baru berjudul, "Revenge has not been begun yet." Teaser nya nampak macam menarik kan?  Terlihat Cheon Seo-jin di atas pentas menghadirkan dirinya, tetapi dia tiba-tiba jatuh. Semasa treaser bergerak ke depan, Joo Dan Tae (Uhm Ki Joon) terdengar berkata "Saya merasa seperti saya telah menemui jodoh sejati saya." Macam psyco je dialog tu.. sebab Joo Dan Tae ni playboy yang akan terkam mangsa untuk kepentingan nafsu kekayaan dia je. 

Selain itu, Oh Yoon Hee juga muncul di layar dengan topi hitam dan berkata "Mengapa kamu begitu takut Seo-jin"? 

Teaser seterusnya mendapati pelajar membuli Bae Ro Na (Kim Hyun Soo). Dan Joo Seok Hoon (Kim Young Dae) bersamanya. Adakah mereka berkawan semula?

Dr Ha Yoon Cheol (Yoon Jong Hoon) telah kembali dari Amerika Syarikat, dan sepertinya Seo-jin terganggu dengan kepulangannya ketika terlihat dia mencengkam tekaknya dan tersedak. Apakah dalam Season 2 War of Life, Dr Ha jadi kuat pulak wataknya? Hmm.. harap-harap begitulah. 

Itulah serba sedikit gambaran The Penthouse Season 2 yang kita nantikan. Setiap cerita, watak dan dialog amat dekat dengan kehidupan seharian kita.

Natijahnya, hiduplah baik-baik dan jalani landasan yang betul. Kita pasti tidak akan tergelincir. 

Selamat menonton. Semoga mendapat pengajaran yang berguna dari tontonan anda.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close