Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kadar Dividen KWSP Dikreditkan Ke Akaun Pencarum Mulai 28 Feb 2021

Kadar Dividen KWSP Dikreditkan Ke Akaun Pendeposit Mulai 28 Feb 2021. KWSP dah pun isytiharkan dividen dia. Sesiapa yang bekerja swasta atau kerajaan yang mana mereka mencarum dalam KWSP sudah pun dapat notifikasi tentang dividen KWSP. 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), adalah kumpulan wang simpanan terbaik di dunia yang dipraktikkan oleh Malaysia. Ramai negara luar berhasrat meniru sistem simpanan wajib yang dilaksanakan oleh negara kita itu. Sebab itu, jika anda mula bekerja samada swasta atau sektor kerajaan, anda mesti mencarum dalam KWSP untul simpanan hari tua anda.
LIKE, SHARE:

Kadar Dividen KWSP Dikreditkan Ke Akaun Pencarum Mulai 28 Feb 2021  


Alhamdulillah. 

Bertambah lagi simpanan KWSP kita, kan? Kalau baki caruman ada lebih RM500,000. Bayangkan berapa yang korang dapat dengan dividen Syariah dibayar pada kadar 4.9% untuk tahun 2020.

KWSP dah pun isytiharkan dividen untuk tahun 2020. Seperti di bawah.

Kadar Dividen KWSP Dikreditkan Ke Akaun Pencarum Mulai 28 Feb 2021
Kadar dividen KWSP 2020:

  • Simpanan Konvensional - 5.20%
  • Simpanan Shariah - 4.9%

Kadar dividen KWSP sedikit merosot tahun 2020 kesan dari pelbagai faktor antaranya pandemik Covid-19 yang mula menyerang dunia pada akhir tahun 2019.

Sebagai perbandingan, pada tahun 2019, dividen KWSP dibayar pada kadar 5.45% untuk simpanan konvesional dan 5.00% bagi simpanan Shariah.

Kadar Dividen KWSP Dikreditkan Ke Akaun Pencarum Mulai 28 Feb 2021

So, bagi anda semua yang ada caruman KWSP  dah boleh semak berapakah jumlah yang diperolehi? Nampak banyak kan? Sebab baki akaun caruman kita itu yang mempengaruhi jumlah dividen kita yang diperolehi. 

Jadi, samada anda nak keluarkan i-Sinar atau sebaliknya, terpulang pada pendapat masing-masing. Tetapi, jika anda nak mohon i-sinar.. pastikan wang yang diperolehi itu digunakan pada jalan yang  bermanfaat. Usah percaya pada skim cepat kaya yang akan memiskinkan anda dalam sekelip mata.

Tak ada jalan singkat nak kaya, ya. 

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close