Sinopsis The Penthouse Season 2 Episode 3 - 4

Advertisement

Sinopsis The Penthouse Season 2 Episode 3 - 4. Dah sampai ke episod 3 & 4 minggu ini siaran drama paling stress awal tahun ini iaitu The Penthouse. Kali ni Season 2, makin dramatik dan kejam nampaknya permainan mereka ini. Penindasan, pengkhianatan, balas dendam dan kekejaman bagai kebal buat mereka. 

Dalam season 2 ini, siapakah pula yang jadi mangsa antara satu sama lain?

Apa pula rahsia demi rahsia yang bakal terbongkar? Bilakah Shim ru-yeon bakal muncul untuk membalas dendam bersama-sama dengan Logan Lee?

Kita tunggu!!

Sinopsis The Penthouse Season 2 Episode 3 - 4
Sinopsis The Penthouse Season 2 Episode 3 - 4

LIKE, SHARE:

Info ringkas The Penthouse Season 2:


Tajuk; The Penthouse Season 2 / The Penthouse 2: War in Life
Judul Korea: 펜트하우스 2
Genre: Drama, Keluarga, Thriller, Criminal
Negara: Korea Selatan
Pengarah: Joo Dong-Min
Penulis Skrip: Kim Sun-Ok
Produser: Kim Sang-heon, Jo Hyeong-jin
Rumah Produksi: Studio S, Chorokbaem Media
Jumlah Episode: 12 Episode
Tempoh tayangan setiap episod: 75 minit
Stesyen TV: SBS, VIU,
Mula Tayangan: 19 Februari 2021 – 27 Mac 2021
Jadual Tayang: Jumaat dan Sabtu, Pukul 22:00 KST (GMT+9)

The Penthouse Season 2 akan mula ditayangkan di saluran ONE 393 pada pukul 9.45 malam setiap Sabtu & Ahad mulai 20 Februari 2021.


Sinopsis The Penthouse Season 2 Episode 3 - 4


1. Cheon Seo Jin dapat menyanyi dengan baik atas bantuan Yoon Hee. Bila habis persembahan, baru dia tahu siapa penyanyi misteri yang amat bagus suaranya. 

2. Cik Jin pembantu rumah Seo Jin membenarkan Eun Byeol keluar bertemu Seok Hoon. Mereka merancang untuk membatalkan perkahwinan ibu bapa masing-masing. 

3. Oh Yoon Hee datang pada majlis sidang media Seo Jin. Dia menyerahkan surat perjanjian rahsia antara Seo Jin dengan penyanyi misterinya tapi dia harus menunaikan janjinya pada Yoon Hee. 

4. Dr HaYoon Chul, Joo Dan Tae & Kyu Jin berjudi tetapi dimenangi oleh Dr Ha. 

5. Seo Jin hadir dalam pertemuan dengan rakan sekolej dan begitu juga dengan Yoon Hee. Mereka masih memuji kehebatan Yoon Hee sebagai penyanyi soprano. SEO Jin cemburu tak terkata. 

6. Di tempat letak kereta, Seo Jin mahu melanggar Yoon Hee. Yoon Hee meminta Seo Jin bersara dari menyanyi. 

7. Joo Dan Tae sudah mengetahui rahsia mengapa Yoon Hee asyik mengugut Seo Jin. 

8. Bae Ro Na kembali ke Korea dan ingin masuk semula ke Sekolah Tinggi Seni Cheonga walau ditentang oleh ibunya. 

9. Dalam episod 4, Eun Byeol merayu Seok Hoon untuk menerimanya. Tetapi Seok Hoon menolak. Joo Dan Tae & Seo Jin berada dalam rumah yg sama bersama dengan Ha Yoon Cheol, dan Yoon Chul sempat bersembunyi di dalam almari ketika Joo Dan Tae sampai.

10. Ha Yoon Cheol menegaskan pada Seo Jin bahawa kini dia mencintai Yoon Hee. 

- Ha Yoon Cheol juga memberikan galakan kepada Bae Ro Na untuk tinggal bersama mereka. Dia menghadiahkan rantai kepada Bae Ro Na tanda sokongannya.

11. Bae Ro Na kembali tinggal bersama ibunya. Dia berazam mahu memenangi festival nyanyian Cheonga. Bae Ro Na berjanji akan menebus kegagalan Min Seol A dan berjanji akan berhenti menyanyi jika dia dapat memenangi Grand Prize pada Festival seni Cheonga.

Ada satu babak di mana Oh Yoon Hee bertemu dengan Ms Jin, pembantu rumah Seo Jin. Rupanya, Ms Jin dihantar oleh Logan Lee untuk memantau keluarga Seo Jin. Apakah rahsia dan perancangan mereka...??
Ms Jin juga menggesa Yoon Hee segera mencari ibu kandung Seuk Yung, dan hanya Joo Dan Tae yang tahu dimanakah wanita itu berada.. jadi Yoon Hee harus mendekati Joo Dan Tee untuk mencari maklumat tersebut.

12. Hubungan Seo Jin dan Dan Tae mulai retak kerana gambar skandal Seo Jin tersebar. Sebenarnya gambar tersebut telah dirancang oleh Ha Yoon Chul. 

13. Kisah buli yang dihadapi oleh Yoo Jeni dan Bae Rona telah terbongkar. Seuk Yung tidak dibenarkan menyertai festival seni Cheonga sebaliknya Ro Na dan Je Ni terpilih.

14. Ibu Jeni berjumpa dengan Joo Dan Tae dan mengatakan kontrak antara mereka tamat di mana suaminya dipenjarakan demi menyelamatkan Joo Dan Tae satu masa dulu. 

15. Ibu Je Ni berbaik dengan Oh Yoon Hee dan menyesal atas perbuatannya yang lalu. 

16. Seuk Yung mengugut Seo Jin akan membongkar rahsianya jika tidak membenarkan dia menyertai festival seni Cheonga.

Bagaimanakah sambungan episod 5 dan 6 seterusnya? Siapakah yang memenangi pertandingan Festival Seni Cheonga? Siapa pula yang terbunuh?

Bagaimana seterusnya? Nantikan episode 5 & episode 6 Penthouse Season 2..

Selamat menonton?

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.