Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cabaran Ramadhan Tahun 2020 Yang Lalu

Cabaran Ramadhan 2020, Kuatkah Kita? Tahun 2020 yang lalu adalah ramadhan yang penuh dengan cerita suka dan duka. Siapa menyangka bahawa Covid-19 telah mengubah kehidupan kita dengan begitu asing dan berlainan dari kebiasaan. Kita tidak lagi bebas ke sana ke sini dengan sesuka hati. Semuanya ada SOP yang nk dilalui atau dilepasi. Sesiapa yang melanggar SOP akan didenda. Jadi, tahun 2020 adalah tahun penuh cabaran di mana kita menjalani norma baharu. Antaranya kena penjarakan antara satu sama lain, memakai pelitup hidung dan mulut, tidak boleh berkumpul ramai-ramai dan kena sentiasa mencuci tangan. Sukarkah waktu itu? 

Bagaimana dengan puasa anda tahun 2020 yang lalu? Dengan Perintah Kawalan Pergeraka (PKP) di bulan ramadhan, yang tak pernah kita lalui sebelum ini.. bagaimana anda mengharunginya?

Cabaran Ramadhan 2020 Yang Lalu


Cabaran Ramadhan 2020 Yang Lalu 


Apa yang berlaku kepada saya ketika ramadhan 2020 yang lalu? Apa yang terjadi kepada kita semua? Masih ingatkah anda PKP 1.0 dari 18 Mac 2020 hingga 3 Mei 2020? Waktu itu kita telah pun menjalani ibadah puasa. Apa yang kami lakukan untuk melalui PKP 1.0 yang agak merisukan pada waktu itu?

1. Takut nak keluar rumah. Nak beli barang ke kedai berdekatan pun takut. Dah macam cerita zombie tau. Jadi solusinya, kami order je segala barang mentah dan barang dapur dengan khidmat runner. Kebanyakan menu berbuka pun kami beli.

2. Disebabkan semua ahli keluarga ada di rumah, kami masak banyak sikit dari biasa. Sebab tak boleh nak makan di luar, maka masak lebih dari biasa sebab anak-anak tengah membesar, sedang kuat makan. Lepas buka, terawih dan dah malam pun, masih bukak tutup tudung saji. Hehe..

3. Oleh kerana kita tak boleh kemana-mana, solat terawih di buat di rumah saja. Biasalah.. buatnya pun ikut imam kat rumah tu. Ada 8 rakaat dan sesekali 20 rakaat. Kalau rasa letih, buatlah 8 rakaat je..

4. Macam-macam resepi keluar waktu bulan ramadhan 2020 yang lalu. Sebab duduk kat rumah kan.. maka segala buku resepi yang manual atau online dibantainya buat sekali. Saya ada cuba buat kuih sagu gula melaka dan cucur badak. Haha.. memang tak pernah buat, jadik pulak tu!

Begitulah cabarannya puasa ramadhan tahun lalu 2020, tahun di mana bermulanya norma baharu di seluruh dunia akibat pandemik Covid-19.

Rasulullah menegaskan bahawa:

"Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadhan."

Walau apa pun jadi, hidup harus diteruskan dan buktinya, kini kita bertemu lagi dengan ramadhan 2021. Tahun yang menambah lagi cabarannya. Kuatlah, demi sebuah kehidupan!

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. tahun lepas cabaran yang pertama yang seumpamanya dalam hidup. tahun ni dah boleh adapt

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close