Lifestyle Resepi Info Terbaik

Cara Dan Tips Kekal Bertenaga Dalam Bulan Ramadhan

Cara Dan Tips Kekal Bertenaga Dalam Bulan Ramadhan. Bulan ramadhan datangnya setahun sekali, tetapi ketika bulan puasa lah badan kita terasa amat letih tak berdaya. Dugaannya amatlah besar, nampak air paip pun dah sedap. Betul tak? Bila nak dekat waktu berbuka, makin kuat dugaannya. Nampak air bandung soda, kathira dan macam-macam juadah, terus rasa nak bukak puasa. Mana entah perginya rasa sabar sepanjang siang harinya. 

Cara dan tips kekal cergas dalam bulan ramadhan


Cara Dan Tips Kekal Bertenaga Dalam Bulan Ramadhan


Anda semua pasti tertanya-tanya apakah agaknya tips-tips yang membolehkan kita sentiasa bertenaga dalam bulan puasa, kan?

Jom kita lihat senarai di bawah;

1. Makan dengan betul dan ambil yang berkhasiat ketika bersahur

2. Tidak mengambil air batu atau minuman sejuk sewaktu bersahur. Jika ambil air batu atau minuman berais, badan akan jadi lemah sepanjang hari

3. Ambil Makan Yang Lambat Dihadam ketika sahur seperti oat, nasi dan sayuran

Anda disarankan untuk mengambil makanan yang lambat dihadam ketika waktu sahur seperti nasi, capati, roti, jagung, out, bijirin, roti mil, sayur, dan buah-buahan. Makanan ini mengandungi karbohidrat yang kompleks dan serat yang akan berada dalam perut dalam jangkamasa yang agak lama dan akan melambatkan rasa lapar.

4. Ambil Makanan Yang Cepat Dihadam ketika berbuka seperti bubur, buah kurma dan jus buah

Ketika berbuka puasa, anda disarankan untuk mengambil makanan yang cepat dihadam seperti roti putih, kuih-muih, jus buah, sup dan bubur. Makanan ini mengandungi kandungan gula dan karbohidrat yang cepat dihadam

5. Perbanyak melakukan solat sunat selain solat fardhu. Apabila kita aktif solat seumpama kita bersenam. Badan dan minda pun jadi segar sentiasa. 

Selain dari tips kekal cergas dalam bulan ramadhan yang disenaraikan di atas, ada juga yang gemar berjalan kaki bersenam pada waktu petang. Itu pun boleh diamalkan secara santai.

Semoga bermanfaat. 

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

close