Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berbuka Puasa Dengan Domino Pizza Berdekatan Rumah

Berbuka Puasa Dengan Domino Pizza Berdekatan Rumah. Last-last ramadhan, anak bongsu mintak pizza pulak. Nak pizza hut @ domino pizza? Sidia kata, domino. Okay lah, since mulai puasa belum pernah order pizza, maka kita bagi dia chance la, saya pun mood nak masak dah ke laut. Hehe.. Dalam pukul 6.15 petang kita order, bayar dan pergerakan order agak perlahan, mungkin sebab ramai yang order domino pizza online. Lagi pun, keadaan hari hujan turun agak lebat.

Jadinya, jika hujan macam gini, trafik memang lambat sikit. Begitu juga dengan pizza ya, jangan la marah-marah bila order anda lambat sampai. Sebab.. keadaan yang tidak mengizinkan. Mesti order pizza online pun jammed teruk kan?


Berbuka Puasa Dengan Domino Pizza Berdekatan Rumah


Berbuka puasa dengan pizza hanyalah sekali je ni dalam bulan ramadhan, request anak bongsu ku ini..

Ringkasan menu yang kami order.. 

1 9" Hand Tossed Ultimate Hawaiian
1 Crazy Chicken Crunch - Original
1 GARLIC CHEESE ONION RING
1 9" Hand Tossed Chicken Confidential
1 Garlic Twisty Bread
1 Chicken Wings Hot & Spicy

Berbuka Puasa Dengan Domino Pizza Berdekatan Rumah

Berbuka Puasa Dengan Domino Pizza Berdekatan Rumah

Berbuka Puasa Dengan Domino Pizza Berdekatan Rumah

Air tak order la, sebab kat rumah dah banyak air.. walau menunggu lebih dari 2 jam tanpa kemaskini, tetapi bila order sampai.. semua sedap rasanya. Dapatlah mengubati hati yang panas ni.. 


Memang mudah nak order nya tetapi jika order time bulan puasa, kena bersabar dan bertabah ya. Kita kena standby makanan ringan sendiri kat rumah, solat maghrib dulu dan bila pizza sampai, nikmatilah dengan nyamannya. Hehe.. saja nak pesan.. 

Walau dia stated kat situ anggaran order siap adalah 30 minit, tetapi kali ini pengalaman kami order sampai lebih dari 2 jam. Tapi kena faham, dalam peak hour menjelang berbuka, memang masalah seperti ini tidak dapat dielakkan.

Tapi saya isi jugak form feedback / complaint sebab nobody call atau inform kami bila dah lebih 1 jam setengah menunggu. Kalau tak dapat sediakan order kami, boleh je cancelled kemudian. Tapi akhirnya sampai jugak lepas azan isyak iaitu lebih kurang 8.00 lebih... 

Namun, itulah kali pertama pengalaman tak best order online dengan Domino Pizza. Jadikan ia sebagai panduan di masa akan datang. Tentukan masa order tu bukanlah ketika masa sedang amat sibuk. 

Okay ✌😉

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close