Berbuka Puasa Dengan Chicken Chop Dan Mango Float

Berbuka Puasa Dengan Chicken Chop Dan Mango Float. Nak throwback je.. bila puasa berbaki 3 hari lagi, banyak kedai @ restoren dah tak bukak. Kita pulak nak masak dah tak ada mood, memang nak order je la kerjanya. Lagipun, kadang balik rumah dah tinggal 1/2 jam nak berbuka, memang terkejar-kejarlah. Itu sebabnya kami ibu yang bekerja lebih suka tapaw dan hanya akan memasak hidangan berbuka pada hujung minggu je..

Oh ya, pada mulanya restoran yang kita order ni dia close hari isnin tetapi atas permintaan ramai, dia pun ambik order mana-mana yang whatsapp je. Kiranya bekerja di dapur je, restoren masih ditutup. Baiknya owner restoren tu, lagipun kami dah selalu order disitu.


Berbuka Puasa Dengan Chicken Chop Dan Mango Float



Berbuka Puasa Dengan Chicken Chop Dan Mango Float

Hari ini kami berbuka dengan chicken chop, mango float, nasi geprek dan bakso. Oleh kerana dah biasa order makanan di situ, kami tak ada masalah dengan rasanya. Insya Allah, makanannya sedap-sedap belaka.

Jom layan gambar-gambar makanan ya..

Berbuka Puasa Dengan Chicken Chop Dan Mango Float

Chicken chop ni murah harga dia, RM7.00 je. Sesuai untuk anak-anak kecil atau mana yang sedang diet, hehe.. habis sekali hadap, tak membazir.


Nasi ayam geprek ni sambal dia pedas ya amat! Memang dah tahu sambal dia pedas tapi degil tetap nak bubuk semua. Ambik kau!! Mango float jadi mangsa.. hehe


Bakso yang sedap, mee dia lembut dengan bebola daging dia sedap lembut. Mudah nak di kunyah. 

Alhamdulillah, walau berbuka dengan makanan beli, ia tetap rezeki yang mesti dihormati. Sambil membeli juadah berbuka, kita pun membantu golongan peniaga juga. 

Betul tak?

Catat Ulasan

0 Ulasan

close