Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berdoa Dengan Asmaul Husna al Mani'

Berdoa Dengan Asmaul Husna al Mani'. Al-Mani', maksudnya Maha Mencegah. Maha Mencegah / Maha Pencegah / Maha Membela atau Maha Menolak – Yang menolak bahaya dan lain-lain, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.

Maka berdoalah dengan asmaul husna al Mani' ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah. Mintalah kepada yang Maha Kaya, kerana dia pemberi rezeki yang Maha Pemurah. Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..


LIKE, SHARE:

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik). – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.


Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | Al Mani' 


1. Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Jaami'


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Ya Mani' = 161 kali


Ertinya : 

Al-Mani', maksudnya Maha Mencegah. Maha Mencegah / Maha Pencegah / Maha Membela atau Maha Menolak – Yang menolak bahaya dan lain-lain, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.


Fadhilat asmaul husna al Mani'


a) Memperbanyakkan zikir ‘Ya Maani’ dengan niat memohon kekayaan yang bermanafaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah. InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

b) Andai kita selalu mengamalkan zikir ‘Ya Maani’ ini sebanyak 161 kali dibacakan setiap hari pada waktu menjelang Subuh atau setiap lepas solat sunat Subuh, InsyaAllah kita akan terhindar dari perlakuan orang jahat, orang zalim dan orang-orang suka membuat angkara.

c) Mereka yang menyebut ‘Ya Maani’ berulang-ulang, InsyaAllah akan mengalami penghidupan keluarga yang berbahagia.

d) Sekiranya ingin mewujudkan kasih sayang atau menyelesaikan perselisihan antara suami isteri, maka amalkanlah zikir ‘Ya Maani’ sebanyak 20 kali ketika berbaring di katil. InsyaAllah berhasil.

e) Jika diamalkan zikir ‘Ya Maani’ ini sebanyak mungkin, InsyaAllah akan terhindar daripada segala bencana dan jika untuk sesuatu maksud yang halal, InsyaAllah ianya akan tercapai.

Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.


Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com

3. Blog Ibnu Hasan Site

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close