Kek Durian Viral Langsung Tak Muak!

Kek Durian Viral Langsung Tak Muak! Dalam bulan ramadhan ni, kadang tak tahu tekak ni nak makan apa.. sebab bila ramadhan berbaki 4 hari lagi, rasanya semua makanan sudah dicuba. Jadi, malam semalam kami order kek durian yang viral di mana-mana. Ini bukanlah kali pertama kami order kek durian viral. Sudah beberapa kali. Nasib baik kat rumah ni semua hantu durian, tak lah risau kek tidak dimakan. Sila lihat gambar di bawah untuk kek durian viral kami order tu..


Rasanya berat 1 kg ni, boleh makan banyak kali. Saya pun tak check, pakai order. Sebab trusted seller.. hehe

Bila seller tanya nak topping atau tulis apa-apa tak di atasnya? Saya kata tak perlu, sebab tujuan beli untuk makan-maka sesaja.. tapi anak bongsu saya kata, kan hari Ahad ni Mothers Day! Haha.. tak pe lah nak, kita raikan dulu mothers day 2 hari awal. 


Kek Durian Viral Langsung Tak Muak!



Kek durian viral yang amat simple, warna ala durian D24, dan rasa duriannya amatlah real, macam guna isi durian betul? Memang betul, kek durian viral yang saya beli ini memang dari bahan gunakan durian asli. Kalau anda nak durian extra, dia akan letak 2 ketul durian di atasnya. Best tak??


So creamy, makan tak jemu. Keknya pun lembut je, walau dah simpan dalam peti sejuk semalaman.

Oh ya, harga pakej kek durian viral yang kami beli ni bernilai RM75.00. Di dalamnya ada sebiji kek, 3 potong durian crepe dan cheese kek dalam botol saiz sederhana. Consider murah kek dia ni, kat luar tak dapat harga macam ni kut..

Alhamdulillah...

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Mana beli ni kek durian?
    Area Lahad Datu Sabah ada ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba google, kat kedai kek rasa ada.. Kena tanya. Kat instagram pun ada bnyk, mungkin ada area sana.

      Padam
  2. I like your post. It is good to see you verbalize from the heart and clarity on this important subject can be easily observed... https://duriansatsingapore.mystrikingly.com/

    BalasPadam

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close