Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Checklist Amalan Harian Hidup Lebih Baik

Checklist Amalan Harian Hidup Lebih Baik. Siapalah tak nak hidup yang lebih baik, kan? Amalan baik yang Allah suka, setiap kali melakukan sesuatu terus niat ibadah itu kerana Allah Taala. Ibadah itu bukan sekadar solat, puasa, berzakat.. itu sudah pasti seorang mukmin kena buat. Tetapi ibadah itu luas kekawan.. kerja, tidur, makan.. itu semua pun ibadah. Semoga Allah memberikan kita kesihatan terbaik agar kita terus istiqamah beribadah kepadaNya sehingga ke hujung nyawa kita.

Bila semua pekerjaan kita sebaik buka mata, kita lakukan ia kerana ibadah kepada Allah SWT, maka setiap inci dan saat kelakuan itu dianggap ibadah. Memberi salam pun ibadah, memberi makanan kepada orang lain pun sama.. apatah lagi jika kita sentiasa memudahkan urusan orang lain. Subhanallah.. banyaknya ibadah kita buat dalam kita tak sedar..


Checklist Amalan Harian Hidup Lebih Baik

Checklist Amalan Harian Hidup Lebih Baik

Checklist amalan harian:

1. Solat sunat qabilah (solat sunat sebelum solat fardhu) dan ba'diah (solat sunat selepas solat fardhu)

2. Puasa sunat isnin & khamis dan juga puasa sunat lainnya

3. Beristighfar setiap hari memohon keampunan Allah

4. Bersedekah semampunya

5. Saling mendoakan dan memaafkan orang lain

Kalau nak tambah senarai di atas, anda boleh tambah mengikut kemampuan usaha dan masa anda.

Yang penting, kita jadi lebih baik setiap ada kesempatan.. tak mengira di mana pun anda berada, dan tak mengira waktu.

Sekiranya ada kesempatan menambah senarai amalan baik seharian tersebut, usahakanlah. Capai senarai amalan baik menjadi lebih panjang pun tak apa..

Buatlah kebaikan sejauh dan semampu kita, kerana setiap kebaikan tersebut pasti akan berbalik kepada kita pula. 

Semoga tulisan ringkas ini bermanfaat kepada kita semua.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close