-->

Panduan

Sahabat Sejati Adalah...

Advertisement

Sahabat sejati adalah.. Orang yang berkata, kata yang benar, bukan berselindung benar di hadapanmu. Sahabat sejati bukan menurut saja kemahuanmu tanpa membetulkan apa silapmu!

Sahabat sejati itu ada, tetap di situ walau engkau telah berlalu beribu batu.. ia tak hilang di sapu awan kelabu, dan tidak juga meninggalkan di kala cahaya pelangi memanggilnya pergi.

Sahabat Sejati Adalah...


Sahabat sejati adalah..


Sahabat sejati adalah..
Orang yang dapat berkata-kata benar
Denganmu..
Dan bukan orang
Yang dapat membenarkan kata-katamu

Walau ada ketikanya kata-katamu pahit untuk ditelan, namun sababat itu tidak akan menepis tanganmu dan berlalu..

Kerana seorang sahabat sejati, akan memaafkan mu jika itu dapat memberikan ajar untukmu, untuk kamu menjadi baik dalam setiap perbuatan yang baru.

Sahabat sejati itu adalah hadiah dari Tuhan untuk kamu yang tetap ingat dalam setiap munajat, akan hadirnya itu.. sahabatmu.

Kerana doa untuk sahabat sejati, akan balik dan hadir penuh kurnia untuk kamu jua, dalam rela.

Tuhan sentiasa tahu, sahabat sejati itu tak mudah ditemu, dalam seribu yang menunggu.

Semoga sahabat sejati itu, membenarkan yang benar.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.
close