Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Surah Yunus Ayat 81 & 82 Amalan Pemusnah Sihir

Surah Yunus Ayat 81 & 82 Amalan Pemusnah Sihir. Sihir adalah satu perbuatan syirik, menyegutukan Allah, berdosa besar hukumnya. Sesiapa yanģ melakukan sihir dan tidak mahu bertaubat nasuha, maka neraka jahanam lah tempat mereka. Perbuatan sihir memang diharamkan sepertimana dicatat dalam al Quran kerana akibat daripada perbuatan tersebut mendatangkan mudarat yang amat besar kepada si penanggungnya. Kepada orang yang terkena sihir itu. Perbuatan sihir juga memutuskan silaturrahim, yang mana orang yang melakukan tersebut memang tidak mencium bau syurga. Na'auzubillah!

Namun begitu, kita doakanlah orang yang berkelakuan begitu agar sempat bertaubat dan mendapat keampunan Allah SWT.


Surah Yunus Ayat 81 & 82 Amalan Pemusnah Sihir


Bersama-sama ini saya kongsikan satu amalan berdasarkan al Quran yang pernah diajarkan oleh seorang ustaz dahulu (tak ingat masanya), amalan pemusnah sihir, dengan izin Allah.


Surah Yunus ayat 81 & 82,


Surah Yunus Ayat 81 & 82 Amalan Pemusnah Sihir

Maksud ayat 81:

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.

Maksud ayat 82:

"Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa".

Cara amalan:

Baca ayat 81 & 82 surah Yunus setiap kali lepas solat fardhu, baca sebanyak yang kamu mampu.

Insya Allah, jika kamu terkena sihir, Allah akan musnahkan dan hapuskan dari kamu. Jika ada rezeki, mungkin kamu akan tahu sihir itu perbuatan siapa..

Yang penting kita berusaha, yang merancang dan melaksanakan adalah Allah jua.

Jom sama-sama amalkan. Semoga kita semua mendapat manfaatnya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close