Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sarapan Roti Rangup Dengan Hotdog Yang Simple

Sarapan Roti Rangup Dengan Hotdog Yang Simple. Tak tau dah nak buat sarapan apa untuk pagi ini. Rasa dah tepu otak nak buat apa. Agak-agak apa yang sedap nak dimakan pepagi ini ya? Anak pula ada PdPr, nak kena breakfast sebelum kelas bermula. Hmm.. tetiba ternampak mesin buat sarapan yang saya beli minggu lepas kat Shoppe. Anda boleh baca postingan di sini..

Bukak peti ais, ada lebihan hotdog. Boleh la buat roti bakar hotdog dengan mesin saya itu. Kita tengok jadi ke idok apa yang nak dibuatnya ini. Baru nak rasmikan mesin sarapan saya tu. Jom kita tengok..

Sarapan Roti Rangup Dengan Hotdog Yang Simple

Sarapan Roti Rangup Dengan Hotdog Yang Simple

Sarapan Roti Rangup Dengan Hotdog Yang Simple


Oleh kerana sarapan simple, jom kita sediakan bahan-bahan yang mudah dan sedia ada kat rumah ni.. kitq guna mesin sarapan : 5 IN 1 Electric Sandwich Waffle Octopu Eggttes Donut Maker Breakfast Machine

Beberapa keping roti - potong tepi roti biar bersih
Hotdog secukupnya
2 biji telur
Sos cili
Sedikit serbuk lada hitam

Cara nak buat roti rangup dengan hotdog guna mesin sarapan


Sarapan Roti Rangup Dengan Hotdog Yang Simple

1. Masak telur dulu dalam mesin sarapan dalam masa 5 minit. Sebelum tu, sapu minyak sikit atas acuan tu. Bila dah masak, ketepikan. Rujuk gambar bawah.. 

Sarapan Roti Rangup Dengan Hotdog Yang Simple

2. Letakkan sekeping roti atas acuan, kemudian susun 2 batang hotdog di atasnya. Letak telur yang di masak tadi di atas hotdog, curahkan sedikit sos cili dan lada sulah/ serbuk lada hitam. Last sekali alas dengan sekeping roti lagi.

3. Katup mesin sarapan, tutup dan set masa 7 - 10 minit.

4. Bila mesin dah bunyi "Ding", maka makanan dah siap.

5. Keluarkan dari dalam mesin dengan berhati-hati, sebab mesin ni panas sangat. Boleh luruh jantung bila terkena sikit kat jari.. (macam saya la)

6. Sarapan dah siap.

Suka anak saya tu, almaklum sarapan macam mat saleh. Dengan roti bakar lagi.. kalau toster kan leceh, tak boleh masak dengan bahan-bahan dalam tu.. hehe

Sarapan Roti Rangup Dengan Hotdog Yang Simple dan sedap pulak kejadiannya. Memang betul-betul mudah macam dia tunjuk dalam video. Memang amazing mesin sarapan ni.

Selamat mencuba & shopping 5 IN 1 Electric Sandwich Waffle Octopu Eggttes Donut Maker Breakfast Machine di Shoppe. 💖💖

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close