-->

Panduan

Berdoa Dengan Asmaul Husna An Nur

Advertisement

Berdoa Dengan Asmaul Husna an Nur. An Nur ertinya Maha Pemberi Cahaya. Yang Maha Memberi Cahaya / Maha Pemberi Cahaya / Yang Maha Menerangi / Maha Bercahaya – Ia memberikan cahaya mulia keseluruh alam, wajah, fikiran serta hati makhluknya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.

Berdoa Dengan Asmaul Husna An Nur


Maka berdoalah dengan asmaul husna an Nur ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah. Mintalah kepada yang Maha Kaya, kerana dia pemberi rezeki yang Maha Pemurah. Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..


Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik). – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | An Nuur


1. Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:


Berdoa Dengan Asmaul Husna Ad Dhaar


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:



Ya Nuur  = 1,001 kali


Ertinya : 


An Nur - Yang Maha Memberi Cahaya / Maha Pemberi Cahaya / Yang Maha Menerangi / Maha Bercahaya – Ia memberikan cahaya mulia keseluruh alam, wajah, fikiran serta hati makhluknya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.

Fadhilat asmaul husna an Nur 


a) Jika dizikirkan ‘Ya Nuur’ 1,001 kali selepas membaca Surah An-Nur, maka hati pembacanya akan disinari dengan ‘Nur’, InsyaAllah.

b) Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, Sesiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ‘Ya Nuur’ ini setiap pagi & petang.

c) Apabila ‘Ya Nuur’ dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, InsyaAllah akan diterangkan hatinya.

d) Sesiapa yang menzikirkan asma ‘Ya Nuur’ berulang-ulang kali secara istiqamah, InsyaAllah raut wajah dan anggotanya akan lebih berseri dan menyerlah.

Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:


Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu

4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.

Rujukan:
1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com

3. Blog Ibnu Hasan Site

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.
close