Header Ads Widget

Pagi Telah Datang Lagi, Berhentilah Bermimpi!

Pagi Telah Datang Lagi, Berhentilah Bermimpi! Bangkitlah segera! Kita bukan sesiapa jika tidak bergegas melawan arus masa kesibukan dunia. Kita bukan lahir di dalam dulang emas yang langkahnya telah tersedia tanpa perlu berebut harta yang secekak cuma. Kita adalah pejuang - yang setiap harinya mencari sebutir lega bagi bekal esok lusa. Bangkitlah dengan semangat yang membara. Anggap hari ini sebagai sehelai kertas putih yang sedia untuk dicoretkan dengan usaha, kejayaan, dan senyuman baru. Setiap pagi membawa peluang yang baru untuk menjadi lebih baik daripada semalam.

Satu fikiran positif di pagi hari akan mengubah seluruh harimu.

Pagi Telah Datang Lagi, Berhentilah Bermimpi!


Kita bukan siapa-siapa tanpa usaha dan penat lelah. Itulah lumrahhnya. Engkau, aku dan dia semua sama. Adakala larian kita perlahan tetapi terus berlari. Ada harinya langkah kita laju bagaikan tiada esok bagimu.  

Pagi Telah Datang Lagi, Berhentilah Bermimpi!

Bismillah, mari menulis kisah kita yang lebih baik untuk hari ini dan esok mendatang.

Berhentilah Bermimpi! 


Senyumlah. Senyuman dan rasa syukur kerana masih diberi peluang bernafas. Lihatlah sekitar dengan mata hati. Apakah kamu tidak bersyukur dengan helaan nafas dan udara yang dihirup? Sebelum sesuatu menjadi lebih kelabu, tersenyumlah dahulu. Paling tidak kamu telah tersenyum untuk hari itu.

Secawan kopi, cukuplah!


Entah apa yang kamu akan tempuhi di sepanjang hari ini, rehatlah sebentar. Hiruplah secawan kopi pahit atau sesegar teh susu - tanda diri dan jiwa telah bersedia. Adakah nanti hari mu penuh lesu atau ada cerita bahagia bakal di bawa pulang. Paling tidak kamu telah memberi nafas kesegaran pada diri sendiri. Biar tiada 'bekal' di bawa pulang, tentu kamu masih boleh lega kerana pada pagi harinya kamu tidak menolak harapan.
Info Yang Anda Cari:

Teruslah menyala dengan niat positif


Kawan! Tunggu dulu! Jangan terus malap sebelum kamu sempat menyala. Ulat dalam batu pun boleh hidup - anggapkan saja kita adalah manusia yang sedang berjuang dalam kerasnya dunia. Teruslah bertahan untuk hidup! Hari masih pagi! TUHAN sedang berbagi harapan. Rezeki ada di mana-mana bagi sesiapa sahaja yang tidak putus asa dan bersungguh-sungguh mencari sumber penghidupan, tidak kira betapa sempit atau sukar keadaanmu.

Ingat ya kawan. Berhentilah bermimpi. Kerana pagi akan datang juga setiap hari. Begitulah kamu dan kita semua berlumba untuk mengejar pagi yang datang dengan KURNIA.

Dan, semoga kita pulang dalam keadaan yang REDHA!
Disyorkan Untuk Anda:
Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.

Post a Comment

0 Comments