Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Mendapat Penghujung Umur Yang Baik

Doa Mendapat Penghujung Umur Yang Baik. Doa adalah super power yang kita ada yang Allah bagi untuk kita guna pada bila-bila masa. Tiada tarikh luput pulak tu.. jadi, jangan lokek atau ego untuk berdoa kepada Allah. Kita rasa apa yang kita dapat hari ini adalah kerana ehsan Allah. Setiap hembusan nafas, udara yang kita sedut, bahagia yang dirasa dan segala apa jua yang kita jalani di atas muka bumi ini adalah kerana Allah semata-mata.

Doa Mendapat Penghujung Umur Yang Baik


Sebagai alternatif dan usaha kita memohon akhiran hidup yang baik, mendapat penghujung usia yang bahagia dan tenang, marilah kita amalkan doa di bawah.

Doa Mendapat Penghujung Umur Yang Baik


Doa penghujung umur yang baik dalam rumi:

Allahummaj'al khaira 'umri aakhirah
Wa khaira 'amali khawaa timahu
Waj'al khaira ayyaami yauma al kooka

Maksudnya:

"Wahai Allah, Jadikanlah sebaik-baik umurku adalah pada penghujungnya dan sebaik-baik amalanku sebagai penutupnya. Dan jadikanlah  sebaik-baik hariku, adalah hari dimana daku berjumpa denganMu kelak."

Semoga perkongisan ini mendapat memberikan manfaat kepada kita semua. Boleh jadi ia sebahagian dari asbab segala kebaikan yang Allah berikan kepada kita selama ini. Kongsikanlah.. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close