Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kasih Sayang Allah Atas Rahmatnya

Kasih Sayang Allah. Kasih dan sayang Allah amatlah luas, banyak dan tak pernah pupus. Kasih sayang Allah sentiasa ada mekar mewangi seluas alam buana. Di akhirat kelak Allah akan mengkhususkan rahmat, keutamaan dan kebaikan dariNya, bagi orang-orang mukmin.

Sebab itu, kita digalakkan memohon rahmat dan barakah atas segala yang kita kerjakan kerana disitulah adanya kasih sayang Allah yang sentiasa mengalir..


Kasih Sayang Allah Atas RahmatNya


Sesungguhnya Allah memiliki 100 rahmat. Salah satu di antaranya diturunkannya kepada kaum jin,  manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Dengan rahmat itulah mereka saling berbelas kasihan dan menyayangi. Dengannya pula binatang liar mengasihi anaknya. Dan Allah mengakhirkan 99 rahmat untuk DIA curahkan kepada hamba-hambaNya pada hari kiamat. (HR Bukhari)

Kasih Sayang Allah Atas Rahmatnya

Walau di mana kita berada, sentiasa beringat. Kita hidup atas dunia ini adalah atas ehsan dan rahmat Allah. Jika tidak, nak bernafas pun tak boleh apatah lagi nak mengeluarkan suara untuk berkata-kata.

Jadi, usahlah berkata sombong bahawa kita hidup atas usaha sendiri, bangun pagi sebab banyak makan supplemen sedangkan sehela nafas pun kita diberi belas dan ehsan oleh Allah SWT. 

Maka, manfaatkan kasih sayang Allah dengan saling menyayangi sesama makhluknya. Kerana segala kejadian atas muka bumi ini pun mendapat rahmat dari Allah.


Kasih Sayang Allah ada di mana-mana. Walau kita dah berpaling jauh darinya, DIA masih menyimpankan rahmatnya di akhirat kelak khas untuk orang mukmin. Maka, tetaplah beriman kepada Allah SWT. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close