Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Servis My Black Knight Selepas 9 Bulan

Servis My Black Knight Selepas 9 Bulan. Kalau anda pernah baca saya tulis Black Knight, itulah kereta saya yang tercinta. Akibat pandemik yang tak habis-habis, saya telah menangguhkan temujanji servis kereta kerana masalah masa dan jarak. SOP ketat pun jadi satu hal nak pergi servis kereta. Black Knight - Civic yang banyak berjasa, sepatutnya appointment servis dalam bulan June 2021, tetapi masa itu betul-betul tengah full lockdown satu Malaysia. Maka itulah jadinya dari hari ke hari menunggu masa yang sesuai.

Servis My Black Knight Selepas 9 Bulan


Servis My Black Knight Selepas 9 Bulan


Hari ini 23 September 2021, saya ambil cuti untuk menghantar servis Black Knight saya ke Honda SC. Saya dah agak, servis akan masa lama sikit sebab kekangan tenaga kerja dibenarkan hanya 30% dalam sesuatu sektor.

Tapi tak apa la, alhamdulillah. Yang penting dah selesai di servis keretanya. Kena caj RM631 untuk servis yang ke 70,000 km. Next servis adalah pada bulan Mac 2022. 

Betul juga technical staff tu kata, kereta kalau dah masanya kena servis, kita mesti displin dan buat juga temujanji. Kerana kereta auto, ada banyak benda yang akan effect keseluruhan perfomance kereta. Bawak pun rasa tak sedap, pedal brek pun rasa macam dah jauh je.. hehe

 
Saya ada mengadu padu teknikal staff dia perihal kereta Civic tu dah tak sedap hentakan dia. Macam kasar bunyinya. Pada akhir servis, dia ada explain pasal mounting side engine ada rosak sikit, kalau nak ganti kena order parts dia dulu. Saya okay je dan kena bayar 50% deposit order part tersebut. Nanti bila barang sampai barulah kita buat appointment baru.

Namun parts lain-lainnya semua dalam keadaan baik. Tayar pun okay, bateri masih ada 82% lagi dan masih boleh bertahan lama lagi. Hehe.. 

Bagi kaum wanita khasnya, jika tak faham tentang parts dan item apa yang nak ditukar dari kereta anda, baik tanya dulu dengan pasangan atau rakan-rakan. Senang nanti pihak servis centre nak atasi masalah tersebut.

Semoga selepas ini, selepas diservis, prestasi kereta semakin sedap dibawa dan memudahkan urusan kami sekeluarga.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close