Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ayam Goreng Berempah Lebihkan Serai, Memang Terbaik!

Ayam Goreng Berempah Lebihkan Serai, Memang Terbaik! Hari ni mood melepak je kat rumah. Semalam dah setengah hari survey pokok-pokok bunga sedia hidup, pokok cili yang dah berbuah.. kekonon nak mula tanam pokok bunga kat sebehagian car porch. Ambe berangan nak penuhkan laman letak kereta dengan pokok dan pokok, biar sekebun bunga tumbuh merimbun kat laman kecil rumahku.

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Ayam Goreng Berempah Lebihkan Serai, Memang Terbaik!


Tapi hari minggu tak boleh melepak je kan kekawan. Ada mulut yang nak bersuap, ada perut yang nak di isi. Jadi, dalam pukul 10 pagi, mulalah sediakan rempah ratus untuk buat ayam goreng berempah. Kami memang suka makan ayam goreng berempah. Tak pernah jemu. So, lets go!

Ayam Goreng Berempah Lebihkan Serai, Memang Terbaik!

Serat-serat dari serai bila dah bercampur dengan rempah rempah yang lain, akan jadi sedap bila dah digoreng bersama ayam dan lebih rangup. Yummy!! Memang terbaik!

Ayam Goreng Berempah Lebihkan Serai, Memang Terbaik!

Saya kalau makan akan ambil yang serbuk @ serat rempah tu, campuran daun kari + daun serai yang telah menjadi rangup selepas digoreng bersama ayam.

Ayam Goreng Berempah Lebihkan Serai, Memang Terbaik!

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
5 ulas bawang putih - tumbuk
2 biji bawang besar - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
5 - 8 batang serai - tumbuk
1 sudu besar kari ayam/ daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

#Nota;

Untuk bahan ditumbuk tu, jika nak kisar pun boleh. Okay👍💪

Cara menyediakan ayam goreng berempah lebih serai


1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar kering atau tumbuk tadi dan daun kari, masukkan sekali dengan semua bahan di atas, lalu diperap - lebih kurang 30 minit hingga 1 jam. Jangan lupa gaul dengan garam sekali..

Bahan semua digaul campurkan

Gaul rata pada ayam

2. Ayam yang telah siap digaul dengan semua bahan dan daun kari, kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

Daun kari goreng dulu lagi kaww..

3. Angkat dan toskan. Taburkan lebihan daun kari, jika suka

Ayam goreng berempah lebih daun serai, memang sangat sedap. Bau wangi daun kari bersama daun serai tambah wangi ayam bila sedang digoreng. Bau semerbak satu rumah. Terasa macam kita ni peniaga-peniaga yang sedang menyediakan ayam goreng berempah kat pasar malam tu.. sebab goreng banyak terus. Kalau sikit-sikit memang tak cukup seisi rumah. Hehe.

Selamat mencuba!

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Hanif
    Saya ingin bertukar link dengan rakan-rakan blogger semua
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    https://shopppermaniac.blogspot.com/2021/10/jom-tukar-bloglist-shoppermaniac.html
    JOM TUKAR BLOGLIST
    Blog saya ialah berkisar tips memasukkan bisnis online dan link kedai Shopee ke website

    ReplyDelete
  2. wahhh fav nii.. nnti boleh cuba masak
    boleh dapatkan menarik disini
    hiasan dinding
    geometry art
    Islamic art background

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close