Beli Kerusi Game Sebagai Hadiah Harijadi

Beli Kerusi Game Sebagai Hadiah Harijadi. Bukanlah maksudnya saya nak suruh anak muda remaja saya yang berusia 14 tahun tu main game 24 jam. Sekarang kan PdPR, dah lama dia guna kerusi untuk meja makan kat dapur. Saya tahu, kerusi kayu tu keras, duduk lama-lama punggung jadi sakit. Sebab tu lah saya bertanya, nak hadiah apa sempena harijadinya yang jatuh pada hari ini iaitu 20 Oktober. Dia kata, tak nak apa-apa..

Saya provoke kat dia lagi, nak tukar phone ke? Dia pun tak nak. Sebelum tu ada dia mengadu punggung dia sakit duduk atas kerusi kayu tu, dekat 2 tahun kut..

So, saya cadangkan beli kerusi. Kerusi game nak? Dia senyum je..

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Beli Kerusi Game Sebagai Hadiah Harijadi


Kami berbincang dengan si abang dia yang jauh nun di seberang lautan, kata beli kerusi gaming lagi selesa untuk belajar. Decide untuk beli kerusi Tomaz. Tetapi warna hitam kesukaan dia masa tu tak ada. Maka, carilah kat Shoppe untuk jenama lain, ada banyak pilihan.

Maka, inilah yang kami pilih...

Beli Kerusi Game Sebagai Hadiah Harijadi

Bila kerusi sampai tadi, dialah paling happy! Terus pasang dan test duduk di atasnya. Memang selesa. Salah satu sebab mengapa kami pilih TT Racing Duo V3 Gaming Chair sebab ada banyak warna pilihan, ready stock ( tak perlu pre order) warranty 2 tahun, kaki kerusi dicipta untuk heavy duty (sesuai orang badan besar), saiz kerusi dia lebar dan banyak lagi.

Warna hitam memang warna kegemaran dia, kami pun ikutkan je..

Beli Kerusi Game Sebagai Hadiah Harijadi

Beli Kerusi Game Sebagai Hadiah Harijadi

Kami pun dah test. Memang amat selesa. Harganya, berbaloi jugak. Lebih kurang RM398 berserta caj delivery. Sebelum apply voucher, harga asal RM599. 


Kalau sesiapa berminat, bolehlah rujuk gambar di atas. 

Ada banyak pilihan warna, saya order hari Ahad, hari rabu dah sampai. Nak ikutkan dijangka sampai pada 25hb, tetapi dah rezeki birthday boy, dapat tepat-tepat pada harijadinya..

Alhamdulillah..

Catat Ulasan

4 Ulasan

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close