Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sarapan Roti Canai Dengan 3 Kuah

Sarapan Roti Canai Dengan 3 Kuah. Dah sarapan semua? Sarapan apa pagi ini? Nasi lemak lagi?? Tak jemu ke? Alahai.. dah itu makanan kesukaan rakyat Malaysia, takkan jemu punya. Paling tidak 2 minggu sekali, mesti nak makan, kan? Betul tak?

Sarapan Roti Canai Dengan 3 Kuah

Sarapan kami pagi ini adalah roti canai india mari. Tak tipu, betul punya. Owner warung ni memang orang India yang datang Malaysia, merantau sejak lebih 50 tahun dulu. Kini, berniaga di Malaysia, duduk dekat taman perumahan saya. Buat warung tepi jalan je.. tapi cara niaga dia memang sempoi..

Sarapan Roti Canai Dengan 3 Kuah


Sarapan Roti Canai Dengan 3 Kuah


Alhamdulillah, sarapan roti canai pagi ni dapat 3 kuah sekaligus. Iaitu kuah kari ikan, dalca sedap gila dengan sambal tumis bawang. Semua 3 kuah ni memang sedap-sedap. Boleh hirup kuah dalca tu lagi. Memang faveret saya kalau macam dalca cair sikit, lama-lama nanti jadi pekat. Hmm.. yummy!!

Sebenarnya.. memang kena dapat 3 kuah sekaligus, kalau tak bagi, kita mintak lah. Kalau dekat kedai mamak, dia tanya. Nak kuah apa? Korang jawablah nak semua kuah. Haha.. jangan di bagi 10 kuah sudah.. jenuh nak membayarnya nanti.. 

Sarapan Roti Canai Dengan 3 Kuah

Roti canai yang dijual saiz agak besar dan tebal. Bukan sekeping nipis tu. Sekeping dijual RM1.00. Beli 10 keping RM10.00. Kuah free je..

Ada sesetengah restoran atau kedai mamak, dia caj kuah asing-asing harga tau. Contohnya, beli 10 keping, harga jadi RM12.00. Bila ditanya, itu RM2.00 untuk harga kuah... 

Sarapan Roti Canai Dengan 3 Kuah

Roti canai ni saya special request.. mintak garing. Maka, lama sikit dia buat roti canai garing saya tu.

Okay dah, selamat bersarapan semua. 
 

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close