Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Syabas Aynorablogs! Online Visitors Cecah 116 Orang

Syabas aynorablogs! Online visitors cecah 116 orang. Semoga berkekalan hendaknya tetamu yang hadir mencari info di blog picisan ini. Malam tadi ketika duduk bersantai layan blog, terpandang online visitors cecah 116 orang pada satu-satu masa. Terus saya print screen. Buat kenangan.

Korang tahu lah kan, sejak kebelakangan ini, pageview blog merundum teruk. Mungkinkah orang dah tak cari info di blog lagi? Adakah dia orang beralih ke Tiktok atau Instagram? Mungkin jugak..

Dulu.. online visitors maintain 120 - 160 orang pada satu-satu masa, cecah 200 lebih pun biasa. Sekarang je dah slow, dan online visitors tinggi hanya terjadi sekali sekala. 


Syabas Aynorablogs! Online Visitors Cecah 116 Orang


Tahniah!

Congrats!

Tahniah juga untuk owner blog ini, siapa lagi, saya lah! 😁👍 Saya perhatikan trend blog memang macam tu. Jika ada peristiwa istimewa sesekali, kita buat entri memang boleh boom!! Terutamanya entri untuk perayaan rasmi dalam negara. Pasti akan jadi perhatian sehari dua.

Syabas Aynorablogs! Online Visitors Cecah 116 Orang
Syabas Aynorablogs! Online Visitors Cecah 116 Orang

Biasanya online visitors paling tinggi pun ada lah 50 orang pada sesuatu masa. Malam tadi telah melonjak sekali ganda lagi. Sebabnya .. entri berkaitan Maulidur Rasul menjadi carian utama. Alhamdulillah.

Syabas Aynorablogs! Online Visitors Cecah 116 Orang

Sila rujuk gambar di atas. Carian untuk entri Maulidur Rasul je dah 86 orang yang sedang online. Yang lain-lain jauh ke belakang.

Nanti esok lusa dia jatuh balik. Tak mengapalah kan, simpan sini buat kenangan dalam berblog. Banyak cabarannya. Sekejap di atas, sekejap di bawah.

Namun, jika nak kekal releven dan berjaya, sentiasa konsisten, fokus dan tenang dalam melakukan sesuatu perkara yang anda suka. Lambat laun ia pasti membuahkan hasil, dalam pelbagai bentuk. Okay✌😁

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close