Shopping Online MK Double Zip Wrislet

Shopping Online MK Double Zip Wrislet. Jenama Michael Kors atau MK dah lama dah saya jadi penggemarnya. Ada banyak item MK yang saya pernah beli antaranya handbag, wallet dan jam tangan. Kalau ada lebih yang tak guna, saya beri je pada kakak atau anak sedara.

Antara jenama kegemaran saya untuk shopping online adalah Coach, MK, Bonia, Kate Spade dan Carlo Rino. Namun, kebanyakan saya beli ketika ada offer atau sales di outlet mereka di luar negara. Memang banyak tau sales dia, ada yang sampai 80%. 

Shopping Online MK Double Zip Wrislet

Shopping Online MK Double Zip Wrislet

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Shopping Online MK Double Zip Wrislet


Dah lama saya cari wrislet yang sederhana saiz, at least boleh muat satu handphone. Sebelum ni dah pre order dengan satu seller tapi wrislet double zip jenama Coach tu datangnya ada reject, kena order lain. Bila 2nd trip pun tak ada item yang saya order, seller pulangkan duit. Katanya kalau ada buka order lain, dia akan inform kita. Tak pe la, tak ada rezeki.

Lepas tu jalan-jalan kat instagram, ada juga seller lain yang jual jenama MICHAEL KORS, jenis wrislet yang saya suka. Maka, terus order, sebab ready stock. Beli pulak masa jualan 11.11 haritu. Alhamdulillah, dapat diskaun lagi.

Shopping Online MK Double Zip Wrislet

Shopping Online MK Double Zip Wrislet

Shopping Online MK Double Zip Wrislet

Gambar dalam MK double zip wrislet, seperti di bawah. Boleh masuk satu handphone, macam samsung A32 saya. Okay je dia duduk dalam tu.. 🤩🤩 

Slot kad pun banyak. 2 zip tu boleh simpan siling dan juga resit-resit yang orang perempuan suka simpan. Hehe.. memang berbaloi dan serba guna lah wrislet ni.. 

Shopping Online MK Double Zip Wrislet

Kalau malam-malam nak ngeteh dengan En suami, bawak lah wrislet ni. Senang kan? Saya dah try buka tutup zip dia, memang lancar. Tak tersekat-sekat. Orang kata kalau nak tahu wallet tu bagus atau tidak, kita test kat zip dia. Okay.. 

Kalau korang nak cari wrislet yang banyak fungsi dan tahan lasak, MK adalah antara yang terbaik saya pernah beli. Harga pun berpatutan je.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close