Berdoa Dengan Asmaul Husna Al Waarith

Berdoa Dengan Asmaul Husna al Waarith . Al Warith ertinya Yang Maha Mewarisi. Maha Pewaris / Waris Agung / Maha Mewarisi / Maha Membahagi / Yang Kekal Tidak Binasa –Dialah menguasai segala-galanya. Yang kembali kepadaNya sekalian makhluk, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.

Maka berdoalah dengan asmaul husna al Waarith ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah. Mintalah kepada yang Maha Kaya, kerana dia pemberi rezeki yang Maha Pemurah. Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik). – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | Al Waarits


1. Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:


Berdoa Dengan Asmaul Husna Al Haadii


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:



Ya Wariith/ Waarits = 500 kali


Ertinya : 


Maha Pewaris / Waris Agung / Maha Mewarisi / Maha Membahagi / Yang Kekal Tidak Binasa –Dialah menguasai segala-galanya. Yang kembali kepadaNya sekalian makhluk, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.

Fadhilat asmaul husna al Wariith/ Waarits


a) Sekiranya kita berzikir dengan ‘Ya Waarits’ sebanyak 500 kali selepas solat fardhu, InsyaAllah segala urusan akan berjalan lancar.

b) Jika dizikirkan ‘Ya Waarits’ ini sebanyak 707 kali pada setiap malam. Insyaallah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

c) Sesiapa menyebut ‘Ya Waarits’ berulang kali sebanyak mungkin, InsyaAllah akan dipanjangkan umur.

d) Jika diamalkan zikir ‘Ya Waarits’ sebanyak 1000 kali  di antara Maghrib dan Isyak, InsyaAllah akan mendapat keselamatan dan melenyapkan perasaan gundah gulana.

Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:


Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu

4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com

3. Blog Ibnu Hasan Site

Catat Ulasan

1 Ulasan

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close