Beli Emas 916 Bajet, Tak Rugi Untuk Jangka Masa Panjang

Beli Emas 916 Bajet Dan Murah, Tak Rugi Untuk Jangka Masa Panjang. Emas bajet tu macam mana ye? Emas bajet ni emas murah-murah, yang berat bawah 10 gram dan mampu milik. Contohnya jika kita nak menyimpan RM1,000 sebulan, belilah emas 916 di bawah berat 10 gram dan lebih rendah dari itu.

Kalau bajet bulan tu kecil, beli emas bar yang dijual pada 1 gram pun boleh. Emas bar pun boleh labur balik ya kekawan, yang penting ia emas 916 atau 999.

Beli Emas 916 Bajet, Tak Rugi Untuk Jangka Masa Panjang

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Beli Emas 916 Bajet, Tak Rugi Untuk Jangka Masa Panjang


Alkisah, saya terpandang satu rantai tangan emas di IG, berat cuma 8.08 gram. So, harga tak sampai 2K. Belek-belek, tanya dan bayar.. dapatlah satu lagi rantai tangan. Hehe..

Alhamdulillah. Tercapai hajat nak simpan emas lagi. Kalau rasa nak pakai, saya pakailah. Dah kita punya, kan? 

Rantai tangan Modern Turkish design nama dia, masa beli hari tu harga dia RM1,987 + postage RM10. Ya.. saya beli online dear. Alhamdulillah.. seller dan kedai emas terpercaya.. 

Beli Emas 916 Bajet, Tak Rugi Untuk Jangka Masa Panjang
Gambar hiasan

Emas 916 bajet seberat 8.08 gram. Alhamdulillah.. dapat simpan lagi duit beli emas untuk kegunaan masa depan, mana tau kan?

Beli Emas 916 Bajet, Tak Rugi Untuk Jangka Masa Panjang



Kalau boleh tahun 2022, nak tambah lagi simpanan emas, kut-kut dapat tambah lagi 50 gram. Moga ada rezekinya ..

Kalau anda baru bermula nak menyimpan emas, kena displin beli emas setiap bulan. Mulakan dengan beli emas bar paling ringan, contohnya 0.5 gram. Insya Allah.. lama-lama jadi bukit.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close