Selamat Tahun Baru 2022, Apa Azam Di Tahun Baru?

Selamat Tahun Baru 2022. Cepatnya masa berjalan, terasa dalam 2 tahun kebelakangan ni kita tak ada buat apa-apa yang begitu mengesankan, perasan tak? Atau saya sorang je yang perasan begitu? Pelbagai nikmat dan ujian yang diturunkan bertali arus, syukurilah semuanya. 

Tahun baru datang lagi. Tahun 2021 ditinggalkan. Selamat datang 2022. Semoga segala pinjaman yang Allah bagi kita dapat kita manfaatkan sebaik-baiknya.

Selamat Tahun Baru 2022, Apa Azam Di Tahun Baru?

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Selamat Tahun Baru 2022


Selamat Tahun Baru 2022, Dengan Azam Baru Terbaik. Selamat tinggal tahun 2021. Selamat datang tahun baru 2022. 

Alhamdulillah.. masih lagi diberikan kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari hari demi hari dan tahun demi tahun.

Tak lupa saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2022 kepada seluruh pembaca blog aynorablogs.com.  Semoga pada tahun-tahun mendatang ini blog picisan saya masih mampu berdiri teguh membawa dan memberi manfaat kepada orang lain juga.

Apa azam tahun baru 2022 anda? 

Antara azam yang pernah saya buat pada tahun-tahun terdahulu dan masih belum tercapai adalah:

1. Nak jadi jutawan dan dermawan
2. Beli tanah 
3. Nak sambung phD, tapi otak dah tepu 🤩
4. dan banyak lagi..

Ada banyak lagi azam tahun baru yang saya belum tercapai namun akan saya usahakan. Insya Allah.. jadi tahun 2022 ini saya perbaharui azam-azam saya itu ✌

Kalau nak cipta azam baru, ciptalah dengan rasa hati bukan sekadar sebut sesuka hati. Jangan kerana orang lain ada azam baru, kita ikut juga cipta azam. Azam baru seharusnya sesuatu yang dicipta setelah difikirkan segala segi fizikal dan mental serta kemampuan kita untuk melaksanakannya. Bukan cipta azam membuta tuli..

Semoga apa yang saya azamkan itu Allah bantu dan permudahkan. 

Semoga Allah hadirkan takdir yang baik-baik buat saya dan terus dikelilingi oleh orang yang baik-baik juga. Insya Allah.

Jika kita berazam nak jumpa orang baik, buat perkara yang baik.. Allah akan berikan jalannya.

Namun yang pasti, jangan lupa Allah dalam setiap azam yang kita buat. Dahulukan DIA, nescaya DIA ada di mana-mana saat kita jatuh dan bangun demi mencapai azam yang dicipta.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close