Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Pesanan Ketika Kamu Bertemu Dengan Seseorang

Pesanan Ketika Kamu Bertemu Dengan Seseorang. Berkawanlah seramai mana, carilah kawan dari serata dunia. Namun, perhatikanlah siapa kawan-kawanmu itu. Tidak semua orang yang hadir dalam hidup kita layak dijadikan kawan, apatah lagi sahabat. Ada waktunya, manusia akan singgah dalam hidup kita untuk memberikan kenangan, ada yang mengajarkan sesuatu dan ada juga yang hadir untuk terus kekal di sisi kita sehingga akhir waktunya. Dalam waktu tak terjangka, seseorang yang kita temui itu mungkin banyak memberikan motivasi dan inspirasi pada kita. Maka, kekallah berkawan dengan mereka. Seseorang yang baik itu tidak mengajarkan kita untuk berdendam, tidak menghasut berdengki khianat, selalu bersifat positif dan berpesan untuk bersangka baik kepada Allah.
 
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba


Pesanan Ketika Kamu Bertemu Dengan Seseorang


Pesanan ini adalah pesanan dari hati ke hati, tentang siapa saja yang kamu temui nanti dalam perjalanan ini. Tidak semua manusia yang kamu temui itu boleh dijadikan kawan, sahabat atau lawan. 

Pesanan Ketika Kamu Bertemu Dengan Seseorang

5 Pesanan:


1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU.

2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU.

3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU

4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu untuk engkau untuk MUHASABAH DIRI

5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM DAN BERLALU PERGI.

Semoga pesanan yang dititipkan memberikan motivasi dan inspirasi kepada kita semua. Mungkin ada yang baik atau ada yang sebaliknya, maka jadikan ia sebagai satu pengajaran hidup.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments