Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rules of life - Peraturan Sebuah Kehidupan

Rules of life - Peraturan Sebuah Kehidupan. Kehidupan adalah sebuah perjalanan menuju ke satu destinasi, dari kegagalan kepada kejayaan, mencapai impian dan akhirnya sebuah kematian. Itu memang pasti. 

Bak kata bijak pandai, "hidup adalah insya Allah, mati itu pasti." 

 

Bak kata bijak pandai, "hidup adalah insya Allah, mati itu pasti."

Menuju perjalanan akhir itu, kita melewatinya dengan pelbagai peraturan. Rules of life. 

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Rules of life - Peraturan Sebuah Kehidupan


Kita boleh mencipta pelbagai peraturan, cuma bergantung kepada kita sendiri untuk mematuhinya atau meninggalkannya. Sebagai seorang muslim, peraturan hidup telah digariskan dalam al Quran dan hadis, dan ajaran para Nabi terdahulu.

Namun, secara amnya.. dalam mendepani kehidupan, kita boleh berusaha untuk:

1. Senyum - senyumlah walau kamu berada dalam keadaan apa sekalipun, sedang sibuk, sedang stress atau ketika kamu sudah puas menangis. Tersenyumlah, kerana kamu layak tersenyum..

2. Let it go - lupakan dan lepaskan apa yang membelenggu hidup. Walau kesakitan dan kegagalan itu terlalu menghancurkan hati, kamu harus bangkit untuk memulakan hidup yang baru!

3. Ignore them - Abaikan mereka yang toksik, memandang rendah usaha kamu, dan teruslah melangkah lebih jauh dan lebih baik.

4. Don't compare - ingat ya, jangan tengok orang lain dengan cara dan kehidupan mereka, sebaliknya bersyukur seadanya dan lakukan sesuatu mengikut caramu, mereka ada bahagia mereka, kita juga ada kebahagiaan tersendiri.

5. Stay calm - bertenang selalu. Jangan panik jika hidup tak seperti apa yang kamu harapkan. Pasti ada jalan keluar kepada setiap masalah yang datang.

6. Avoid negativity - abaikan persekitaran negatif. Segala omongan kosong, tidak berfaedah yang hanya mahu menjatuhkan kamu.. abaikan, diam dan angkat kaki.

7. Dream big - mimpikan sesuatu yang besar, kejayaan yang berpanjangan dan keluarkan impian anda menjjadi satu kenyataan. Lahirkan impian yang membawa manfaat kepada jutaan orang.

Peraturan kehidupan, ada jatuh dan bangun, ada senyum dan tangis, ada hidup dan mati. Teruskan apa yang kamu impikan selama ini, jika tidak berjaya setidak-tidaknya kamu telah mencuba!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close