Dinner Dengan Ayam Goreng Berempah

Dinner Dengan Ayam Goreng Berempah. Malam tadi punya cerita, balik kerja sampai rumah dekat pukul 6.00 petang. Lepas mandi semua, terus masuk dapur buat perapan ayam berempah. Uolls tahu la kan, ayam berempah ni sedap tapi kalau kurang bahan tak jadi naik rasanya. Korek-korek selongkar peti ais, nasib ada stok serai dengan halia yang banyak. Haha.. apa lagi, sis terus kerjakan dia!

Ringkas cerita, inilah hasil ayam goreng berempah kita..

Dinner Dengan Ayam Goreng Berempah

Nak resepinya?? 
Klik je pada pautan ini... 



Dinner Dengan Ayam Goreng Berempah

Dia punya bau harum semerbak satu rumah, wangi serai dan halia.. sedapnya. Belum makan dah meleleh air liur. Macam mana tu?😅😅

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Dinner Dengan Ayam Goreng Berempah


Walau kami tak ramai  tapi sebab suka meratah ayam goreng berempah, maka berketul-ketul ayan habis masuk dalam perut.

Dinner Dengan Ayam Goreng Berempah


Serat dari serai dan halia, bila dah garing macam tu makan dengan nasi panas je pun dah sedap. Rangup dan wangi.. dengan daun kari sekali. Try lah! 

Dinner Dengan Ayam Goreng Berempah

Sedap ya Allah. Nampak tak selonggok daun salad tu, saja jer nak bagi kita orang insaf, biar menu seimbang nama dia. Sayur paling mudah nak disediakan, tentulah daun salad!! Cuci-cuci terus masuk mulut. Hehe..

Dan bagi saya, ayam goreng berempah yang kaw tentulah yang lebih serainya. Itulah rahsianya.. kemudian perap lebih lama, memang lembut je isi dia bila digoreng.

Selamat mencuba.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close