Cikgu Azlina Ina adalah salah seorang cikgu masakan yang saya follow FBnya. Setiap hari ada je menu atau resepi yang dikongsikan. Sebab tu rezeki dia murah dan melimpah ruah, sebab dia ikhlas memberi atau berkongsi.
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba
Bahulu Pandan Gebu Gebas
Gambar-gambar yang disertakan adalah ehsan dari FB Azlina Ina Fans. Semoga bermanfaat kepada kita semua. Dapat buat kuih bahulu pandan yang sedap.
Bahan-bahan Dan Cara Penyediaan:
1) 4 cawan @ 440g tepung gandum cap ros
- sangai dalam 15-20 minit api perlahan,
ayak kan 2 kali
2) Masuk dalam 1 bowl mixer bahan-bahan di bawah;
Telur 10 biji gred A atau B
1 sudu besar ovalate
2 sudu besar emolco pandan coconut
1 sudu besar pewarna hijau epal
350-380 gram gula halus (dalam 1 cawan 1/2-2 cawan)
mix @ pukul semua sampai gebu
3) Kemudian, masuk sikit-sikit tepung sambil gaul pakai senduk je atau pakai mixer dengan volume perlahan
4) Bila dah sebati, masuk dalam paper cup atau acuan bahulu, bakar pada suhu 170 masa 20-25 minit
Siap dah bahulu pandan gebu kita, senang je. Kalau nak hasil dia sama macam dalam gambar tu, kena ikut step by step dan bahan-bahan sebiji macam Cikgu Azlina Ina ajar tu yaðŸ¤ðŸ¤
0 Ulasan
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.