Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bahaya Kulit Ayam Yang Ramai Tak Ambil Kisah

Bahaya Kulit Ayam Yang Ramai Tak Ambil Kisah. Kulit ayam, ada banyak terjual di pasar malam. Saya mula pandai makan kulit ayam goreng rangup bila ada rakan serumah beli kat pasar malam. Dalam hati berkata-kata, kenapa pulak orang jual kulit ayam je. Bila kawan pelawa rasa, saya pun mencubanya. Oh! Sedap jugak. Lepas tu bila orang ajak makan kulit ayam dah tak rasa pelik. Tapi tak la beli selalu, setahun cuma 2 @ 3 kali je.

Kalau makan kulit ayam pun bila makan fast food seperti KFC, McDonald dan lainnya. Sengaja masak kat rumah semata-mata kulit ayam, memang tidaklah..

Bahaya Kulit Ayam Yang Ramai Tak Ambil Kisah


Kulit ayam memang sedap, lagi rangup lagilah orang suka. Hampir kebanyakan dari kita akan cari ayam goreng yang ada kulitnya yang digoreng crispy! Sedap tu!

Bahaya Kulit Ayam Yang Ramai Tak Ambil Kisah

Tapi, tahukah anda kulit ayam ada bahayanya. Fakta tentang sekeping kulit ayam:

1. Bagi setiap 100 gram, mengandungi 435 kcal
2. Setiap 100 gram, mengandungi 11.80 gram lemak tepu
3. Bagi setiap 100 gram, mengandungi 180 miligram kolesterol

Di mana, dengan seketul kulit ayam, ia berisiko untuk menambah kenaikan berat badan, boleh membawa risiko darah tinggi dan penyakit jantung.

Jadi, hadkan pengambilan kulit ayam samada di goreng garing, masak lemak, rendang dan sebagainya. Caranya? Buang kulit ayam ketika membersihkan ayam. Senang cerita. Ambil bahagian isi dia je.

Kalau teringin sesekali makan waktu hari raya je. Boleh ke tu?? Insya Allah, bolehhh...

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close