
Ikhlas Dalam Beribadat, Redha Bila Diuji
Hamba yang bertakwa akan sabar bila diuji, syukur bila diberi nikmat dan ikhlas dalam beribadah. Itulah sebenarnya muslim sejati yang kita nak, sentiasa bersedia dalam keadaan apa pun walau ketika itu dia tak punya apa-apa. Kebergantungan yang penuh kepada Allah SWT sahaja.
Nak dapat ikhlas dalam beribadah susah sebenarnya, ibadah yang macam mana tu? Segala perbuatan dan amalan baik sehari-hari yang kita lakukan itulah yang dinamakan ibadah. Contohnya solat, bekerja, makan, tidur, bermain sukan dan sebagainya perkara baik itulah yang dinamakan ibadah. Janji kita kepada Allah dari dalam Luh Mahfuz lagi adalah lahir untuk beribadah kepada Allah. Itulah tugas kita lahir ke dunia. So, nak ikhlas melakukan itu semua yang sukar. Kekadang bila kena marah dengan bos, kita merungut. Itu dah jadi tak ikhlas ibadah kita kepada Allah. Tak senang kan?? Renungkanlah!
Kemudian datang pula ujian demi ujian. Ujian kehilangan, kematian, ujian persahabatan, ujian kewangan.. kita redha tak? Kenalah redha. Sebab nak redha pun sukar kekawan. Redha tu maksudnya tak membenci apa yang diberikan oleh Allah melalui ketentuanNya. Menerima dengan tenang tanpa sedikitpun mempersoalkan. Percaya dengan sepenuh hati terhadap aturan Allah lah yang paling baik. Bila dah faham erti redha, kita kena lakukan pula, berlapang dada dengan musibah yang menimpa. Biarpun ianya bertahun untuk diterjemahkan kepada realiti. Tak apa, yang penting usaha ke arah itu.
Semoga kita terus berlapang dada menerima ujian yang datang tanpa berhenti berharap kepada kebaikan di sepanjang kehidupan ini.
0 Ulasan
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.