Lifestyle, Resepi, Keluarga Dan Informasi Terbaik

Miang Pla Pao Masakan Thai Yang Sedap

Resepi Miang Pla Pao Masakan Thai Yang Sedap. Betul ke sedap? Mestilah sedap sebab dia macam makanan biasa cuma nasi ditukar dengan bihun @ mee. Bayangkan kalau kita makan dengan nasi, gitu lah.. 

Miang Pla Pao Masakan Thai Yang Sedap
Gambar hiasan - Miang Pla Pao

Sejarah Miang Pla Pao ni asalnya masakan negara Thai dari kawasan selatan, kalau tak silap. Khabarnya, di Kelantan, ada restoran yang menyajikan sajian ini. Sangat sedap. Selain ikan talapia, boleh juga menggunakan ikan siakap, aneka makanan laut seperti sotong, udang, kerang dan bermacam-macam lagi. Paling penting, sosnya harus sedap. 

Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖ðŸ’Ĩ
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba


Resepi Masakan Thai Miang Pla Pao yang ini versi melayu sikit kut sebab saya share resepi dari Puan Zila di FB. So, kita ikut je lah step by step dia nak hasilkan Miang Pla Pao yang selama ni pernah dengar dan tengok tapi tak pernah makan.

Kalau dah namanya Miang Pla Pao, tak aci kalau makan dengan nasi tau, kena makan dengan suhun @ bihun tu jugak. Okay 👍👍

Miang Pla Pao Masakan Thai Yang Sedap
Gambar hiasan


Resepi Makanan Thai Miang Pla Pao 


Miang Pla Pao zilazzz version.. ðŸĪŠ
sy share resepi kat bawah 👇
kot rajin cubalah buat, sedapppp.. ðŸĪĢ - kata owner resepi ni


Miang Pla Pao Masakan Thai Yang Sedap
Gambar hiasan

Resepi sos hijau :


bawang putih 4 ulas
daun ketumbar
cili padi hijau 10biji + cili besar hijau 2 biji (klu nak pedas lg boleh lebihkan)
gula melaka
air limau nipis agk² sendiri
sos ikan 3 sudu (klu tawar boleh tambah)
air masak
blend lumat semua bahan di atas

Resepi sos merah :


sos cili thai 1 senduk
cili padi merah 4 biji (potong kecik)
bawang putih 3 ulas (cincang halus)
daun ketumbar (cincang)
air limau nipis agak² sendiri
1sudu gula
campurkan semua gaul sebati

Resepi ikan:


ikan Talapia merah / siakap kelar serong sampai ke tulang..
gaul kunyit, garam, cukup rasa n tepung jagung
goreng garing..

Sayur-sayuran / ulam:


Salad, timun jepun, tomato ceri (td nak beli xde, so guna jela tomato biasa), nak bubuh sayur lain pon boleh asalkan hampa makan, jgn utk ambik gambor sajerrr.. 😏
bihun/suhun

Nak hias mcm mana, boleh dapatkan idea dari gambar tu.  

p/s : bg kak zila mkn miang pla ni campur dua² sos ni memang sedap sangat.. ikut pandai hampa, nak makan guna sos mna klu tak rajin nak buat dua² buat la mna yg hampa suka. 

Kredit : Zila Nur Aril

Post a Comment

0 Comments

close