Beli Durian Kampung Murah-Murah

Beli Durian Kampung Semurah RM4 Sekilogram. Ada juga jual 3 biji RM5.00. Ada rezeki elok lah isi dia, kalau tak de rezeki kita buang je. Tak payah bising-bising sebab penjual pun dah bagi tahu itu durian reject. Kena redha dan lapang dada.. Okay

Ada pula orang yang memang jual murah-murah sebab dia ikhlas berniaga. Nak bagi orang makan sambil bersedekah. Yang berniaga gaya macam ni adalah orang-orang kampung yang memang ada dusun durian sendiri. Kadang tu makan free je.. hehe

Durian kampung ada banyak gred, AA, durian kampung kawin, dan banyak lagi. Nak beli yang kampung atau durian kayangan, terpulang. Yang bayar poket sendiri, betul tak?

Beli Durian Kampung Murah-Murah

Beli Durian Kampung Murah-Murah


Beli Durian Kampung Murah-Murah


Iya betul. Memang murah harganya. Tapi kena lah faham isi dia macam mana. Ada yang elok, ada pula yang sebaliknya. 

Semalam saya beli lagi durian, tetapi durian kampung la. Penjual kata elok, isi kuning. Ada pahit sikit manis sikit. Okay lah, jadi beli 5 kg. 


Beli Durian Kampung Murah-Murah

Ada 4 biji, 3 elok 1 rosak. Yang rosak tu saya buang. Tak mintak ganti ke? Tak pe la, malas pulak nak berulang ke gerai tu. 

Isi durian kampung yang saya beli semuanya putih krim, tak ada pun yang warna kuning. Kita layan je, namun isi dia manis rasanya walaupun tak tebal macam Musang King atau IOI.



Walau nampak macam tawar, kan.. tapi sebenarnya rasa dia amat manis. Tapi tak de lah lemak berkrim. Dia manis semata-mata. Kalau buat bubur kacang atau serawa durian pun sedap.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close