Lifestyle Resepi Info Terbaik

Apa Itu GERD? Macam Mana Mengatasinya?

Apa itu GERD? GERD adalah gejala (reflux asid perut). Orang badan berisi dan mengandung selalu terkena. Yang sudah biasa, ubat gastrik reflux memang ada di dalam peti ais. Namun ada juga yang tidak menyediakan stok sendiri. GERD boleh menyerang semua orang. Sedutan dari wikipedia, penyakit asam lambung atau gastroesophageal reflux disease (GERD) adalah munculnya rasa terbakar di dada akibat asam lambung naik ke kerongkong. Gejala penyakit asam lambung muncul minima dua kali dalam seminggu. GERD atau penyakit asam lambung boleh juga dialami oleh orang dewasa atau kanak-kanak.

Apa Itu GERD? Cara Mengatasinya


Tanda-tanda GERD menyerang adalah rasa gelisah, tekak rasa penuh dan sukar nak telan. Perut rasa panas. Sentiasa sendawa dan angin. 
Bila dah kena dari siang, malam mesti susah nak tidur. Secara umum tanda-tanda anda diserang GERD adalah seperti berikut:

1. Suara serak
2. Sukar menelan
3. Nafas berbau
4. Masalah pernafasan
5. Radang tenggorok
6. Batuk kronik
7. Batuk di malam hari
8. Sakit kepala
9. Tekanan pada dada
10. Air liur berlebihan

Macam mana nak cegah dan atasi GERD? 


Ubahlah cara pemakanan anda. Beberapa makanan yang membantu dalam mengatasi masalah GERD adalah:

Apa Itu GERD? Macam Mana Mengatasinya?

1) dada ayam - kalau boleh panggang 
2) air putih - air gula tak bagus untuk GERD 
3) Teh halia. Minum kopi dan teh lain banyak caffien. Tak bagus untuk GERD 
4) Tembikai - buah yang kurang berasid dan penuh dengan air. Ini bagus untuk mengurangkan tahap asid di dalam perut. Jangan gatal makan oren. ☺️ 
5) nasi perang- nasi yang lebih lama untuk dicerna. Bagus untuk GERD. 
6) oat- sarapan yang bagus. Penuh perut dan tahan lama 
7) kentang - panggang atau bakar. Jangan goreng dengan bawang tau. Boleh menyebabkan lagi teruk gastrik 
8. minyak zaitun. Makanan berminyak akan buat gerd semakin teruk. Tapi kalau nak yang lebih lembut, cuba masak menggunakan minyak zaitun
9) sayur salad. Sangat baik. Kurang angin. 

Semoga apa yang kami senaraikan membantu anda dalam menangani masalah GERD. Namun jika ianya masih tidak membantu, anda mungkin memerlukan bantuan daripada doktor. 

Kredit: Public Health Malaysia

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

close