Beli Durian Musang King, Udang Merah & IOI Dalam Kotak

Beli Durian Musang King, Udang Merah & IOI Dalam Kotak. Durian kotak dah femes sekarang ni sebab orang dah tak tahu nak buang kulit durian kat mana kalau beli dengan kulit sekali. Lori sampah pun ada waktu pengutipannya, takut dikerjakan dek anjing je kulit-kulit durian kat luar rumah. Walau dah ikat elok je pun... 

Nak elak masalah tersebut la maka saya suka beli durian kotak dari beli durian biji demi sebiji.. haha

Beli Durian Musang King, Udang Merah & IOI Dalam Kotak

Beli Durian Musang King, Udang Merah & IOI Dalam Kotak

Durian kotak lebih fleksibel dan mudah dikendalikan berbanding durian biji yang belum dikopek kulitnya. Namun ada sesetengah orang lebih puas hati dapat kopek dan rasa kulit durian tu.. terpulang pada keselesaan masing-masing 

Beli Durian Musang King, Udang Merah & IOI Dalam Kotak

Beli Durian Musang King, Udang Merah & IOI Dalam Kotak


Beli Durian Musang King, Udang Merah & IOI Dalam Kotak


Alhamdulillah, ada rezeki beli durian lagi. Sekarang ni betul-betul tengah musim durian. Durian Balik Pulau dan durian Pahang yang orang tengah cari sebab kononnya kata rasa dan isi dia lagi baik dari tempat lain. 

Beli Durian Musang King, Udang Merah & IOI Dalam Kotak

Durian Musang King adalah durian faveret saya! Dah banyak tempat jual durian saya beli, pembelian kali ni adalah antara Musang King paling sedap pernah saya rasa. Saya beli MK kotak yang dijual pada harga RM155 sekilo. Memang isi dia tak banyak tapi makan seulas dah puas. Alhamdulillah.

Beli Durian Musang King, Udang Merah & IOI Dalam Kotak

Durian udang merah kotak ini berharga RM70 untuk 500 gram. Ya.. isinya agak tebal dan rasanya manis. Tapi tidak lah manis sangat. Bentuk isinya agak gebu.. lemak manis..

Beli Durian Musang King, Udang Merah & IOI Dalam Kotak

Durian IOI isinya berwarna kuning pekat dan berbentuk tirus panjang. Sekali pandang macam Musang King tetapi ia agak pendek-pendek bentuknya. Dijual pada harga RM70 untuk 500 gram.

Saya bukanlah kerap sangat beli durian, tetapi bila tiba musimnya.. saya akan enjoy beli dan rasa setiap jenis durian yang ada. Durian kampung yang pahit, manis dan lemak kuning pun saya beli. Sesekali kita enjoy the moment, tak salah kan?

Catat Ulasan

0 Ulasan

close