Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Air Barli Dan Lemon - Resepi Turunkan Kolesterol

Barli antara bijirin yang kaya dengan khasiatnya, terutama bagi nereka yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat. Dipercayai barli juga boleh membantu menurunkan tekanan darah kepada ibu mengandung. Ia juga membantu merawat bengkak kaki ketika mengandung. Paling penting ia membantu menurunkan berat badan yang berlebihan. Tetapi, oleh kerana rasanya yang tawar, maka barli lebih sedap jika diminum atau dihidangkan dengan bahan sampingan lain seperti lemon dan madu. Barli juga enak dimasukkan di dalam bubur atau menjadi bahan tambahan di dalam masakan anda.

 Air Barli Lemon - Resepi Turunkan Kolesterol 


Air Barli dengan Lemon ini amat bagus untuk menurunkan kolestrol, menurunkan berat badan, mencegah jangkitan saluran kencing, mencegah batu karang, anti-bakteria (bagus diambil ketika demam, batuk dan selsema) & mengawal gula dalam darah.

Air Barli Dan Lemon - Resepi Turunkan Kolesterol

Bahan-Bahan:

Barli biji
Madu
Lemon

Cara-Caranya:

Basuh barley & rendam seketika.
Masak barli sehingga lembut.
Masukkan dalam cawan - squeeze sdikit lemon + madu.

Semoga bermanfaat.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments