Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Kenal Emas Padu, Hollow Dan Stamping

Cara Kenal Emas Padu, Hollow Dan Stamping. Kepada penggemar barang kemas 916 dan sewaktu denganya, anda tahu ke jenis emas yang anda beli iaitu kepaduannya? Adakah anda beli emas kosong di mana saiz nampak besar dan gah tetapi ringan aje rupanya. Nampak besar tapi tak mahal sangat harganya. Ada pulak yang kutuk-kutuk rantai tangan kita kecik je tapi harganya belasan ribu. Haa.. ada kan rakan-rakan kita yang macam tu. Sabar je lah.. duit kita punya, suka hati kita nak beli emas padu ke, hollow atau stamping.

Sewaktu saya tulis artikel ni, emas tengah turun harga ke paras terendahnya dalam tempoh 9 bulan. Ada yang jual harga kilang serendah RM240 se gram. Free upah pulak tu.. kalau korang ada duit lebih.. boleh la borong.. hehe

Cara Kenal Emas Padu, Hollow Dan Stamping

Cara Kenal Emas Padu, Hollow Dan Stamping

Cara Kenal Emas Padu, Hollow Dan Emas Stamping. Jom baca panduan yang berguna tentang, DESIGN BARANG KEMAS.

1.Padu.
2.Kosong.
3.Stamping.

3 design ni berat lebih kurang sama kan.
Tapi saiz jauh beza. Betul tak?

EMAS PADU

Emas jenis ini adalah mampat dan di dalamnya padat dengan emas. Walaupun kelihatan kecil, ianya mempunyai berat yang lebih dan merupakan emas yang sangat tahan lama dan tidak mudah kemek atau rosak.

EMAS STAMPING

Emas jenis ini kelihatan besar dan lebar namun kosong dibahagian belakangnya. Sama seperti emas kosong, emas stamping juga lebih ringan walaupun kelihatan besar. Rantai jenis vitara merupakan contoh emas stamping.

EMAS KOSONG/HOLLOW

Emas jenis ini merupakan emas yang kosong didalamnya yang juga dikenali sebagai emas hollow. Biasanya ia kelihatan besar namun beratnya lebih ringan dan berbunyi-bunyi apabila digoncangkan. Emas kosong merupakan emas yang mudah kemek apabila diketuk. Biasanya rantai jenis gajah dan lipan dibuat menggunakan reka bentuk ini.

Ringkasan Tentang Barang Kemas


1. Mesin - Halus dan tahan lasak

2. Pasir - Terdapat jenis padu, Kosong dan stamping.

3. Snakeskin - Jenis kosong.

4. Lipan - Lebar. Kebiasaannya jenis kosong.

5. Pintal - Mudah putus terutamanya jika 5g ke bawah. Sila pakai dengan lemah lembut.

6. Gajah - Terdapat jenis padu dan kosong.

7. Tulang belut - Halus dan tahan lasak.


Sebahagian sumber :

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close