Sedekah boleh memadam api neraka. Sedekah menghapus dosa-dosa kita samada yang kecil atau besar. Walau dosa kita sebanyak buih di lautan, insya Allah dengan sedekah dan istighfar mampu memadamkan murka Allah. Insya Allah kita dapat pengampunan dariNya dan dimasukkan ke dalam syurga.
Jika kita tak mampu bersedekah pada awal pagi, solat sunat dhuha 2 rakaat di pagi hari boleh jadi sebagai pengganti sedekah.
Apa maksud dhuha? Dhuha maksudnya pagi hari. Pagi hari sebaik sinar matahari keluar. Adakah kita perlu solat dhuha?
Pernah teman-teman bertanyakan soalan kepada ustaz, perlukah solat Dhuha nie..?? Selalunya ustaz ustazah akan katakan kepada mereka:
"Jika kalian ingin kaya seperti mereka yang memiliki wang yang banyak, kereta mewah dan banyak, rumah yang banyak dan besar, maka hendaklah kalian jangan solat dhuha. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah kalian menjadi orang kaya raya disebabkan solat dhuha. Allah sesekali tidak akan beri apa yang kita mahukan, tapi Allah akan beri apa yang kita perlukan. Allah memberikan kekayaan kepada siapa yang dikehendaki-Nya, begitu pula Allah menjadikan miskin kepada siapa yang dikehendaki-Nya.
Mintalah kepada Allah itu “KEKAYAAN HATI, KELUASAN FIKIRAN, KETENANGAN BATIN DAN KEBERKATAN HIDUP” .
Solat Dhuha Pengganti Sedekah
Solat dhuha adalah solat sunat yang dilakukan khasnya pada waktu pagi seawal 7.30 pagi sehingga 12.00 tengahari. Solat sunat dhuha dilakukan dengan 2 rakaat satu salam. Nak buat lebih rakaat pun boleh. Bacaan dalam solat dhuha adalah sama macam solat fardhu dan surah yang dibaca pada setiap rakaat terpulang pada kita, tetapi sebaiknya dibaca surah ad dhuha dan as Syams.
Cara Niat Solat Dhuha
Menurut perkongsian daripada Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria, sabda Rasulullah SAW,
Maka, solat Dhuha adalah sebagai usaha kita mengharap ehsan Allah SWT agar mengampuni segala dosa kita asbab kepada kita tidak mampu bersedekah dari segi kewangan. Solat dhuha sebagai pengganti sedekah. Sematkan dalam hati silat dhuha kerana Allah Taala tetapi bukan kerana nak kaya dan sebagainya.
Semata-mata solat dhuha kerana nak kaya adalah satu tanggapan yang silap.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.