Lifestyle Resepi Info Terbaik

Sayur Labu Air Masak Lemak Putih

Sayur Labu Air Masak Lemak Putih. Labu air sedap dimasak bening atau sup, dan juga masak lemak putih. Dah lama sebenarnya saya tak makan labu air, entah kenapa bila nampak labu air di pasar tak terfikir nak beli. 

Tapi bila ada restoran jual dah siap masak, teringin pulak nak merasanya. Maka beli lah saya sayur labu air masak lemak putih bersama dengan suhun dan bunga putik pisang. 

Sayur Labu Air Masak Lemak Putih

Sayur Labu Air Masak Lemak Putih


Sayur Labu Air Masak Lemak Putih


Lunch kami berlaukkan asam pedas ikan mayong, ikan keli goreng dan ayam goreng. Sayurnya pula labu air masak lemak putih. Masya Allah, sedapnya. Sesedap dan secukup rasa. 

Sayur Labu Air Masak Lemak Putih

Tak ketinggalan beli jugak sebiji telur masin sebagai pembuka selera. Gara-gara tak tahu nak makan untuk lunch tadi. 

Sayur Labu Air Masak Lemak Putih

Asam pedas ikan mayong ambil bahagian isi yang dekat dengan kepala tu. So, dapat sipi-sipi tulang, lemak je bila hisap bahagian tu. Sedapnya air tangan mak cik restoran.. Asam pedas boleh hirup 👍👍👍

Sayur Labu Air Masak Lemak Putih

Kemudian beli air hipster perisa vanila dan strawberry. Air pun sedap. Air ni beli di kedai lain. Satu bekas RM4.00.

Sayur Labu Air Masak Lemak Putih

Korang rasa berapa harga semua lauk pauk dan sayur yang saya beli untuk lunch kami? Semua tu hanya RM18 berserta nasi putih 2 bekas. Haha.. nasi pun malas nak masak.

Kalau korang tak ada idea nak masak apa untuk lunch atau makan malam, cubalah masak sup labu air atau labu air masak lemak putih. Sedap tau!!

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

Random Posts

close