Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli Cincin Baru Dan Loket Emas 916 Di Tahun 2022

Beli Cincin Baru Dan Loket Emas 916 Di Tahun 2022. Duhai penyimpan emas sebagai pelaburan. Korang dah sampai tahap mana? Dah dapat target 100 gram setahun?  Atau lebih rezeki dapatlah buat pelaburan 100 gram emas dalam masa 6 bulan. Sekarang ni kami nak banyakkan gold bar berbanding emas fesyen. Sebab apa? Nilai susut untuk gold bar lebih kecil berbanding emas fesyen. Kalau emas fesyen, susut nilai dia agak tinggi anggaran 12% - 15%. Kalau gold bar, susut nilai lebih kurang, anggaran 7% sahaja.

Beli Cincin Baru Dan Loket Emas 916 Di Tahun 2022

Namun kali ni saya beli emas fesyen sebab nak buat tukar pakai dengan cincin emas yang lama. Jangan sedih jika nilai susut untuk emas perhiasan lebih tinggi kerana kita pun dah menang memakainya. Betul tak? Jadi, beli emas perhiasan pun kita berada dalam keadaan win-win situation.

Beli Cincin Baru Dan Loket Emas 916 Di Tahun 2022

Beli Cincin Baru Dan Loket Emas 916 Di Tahun 2022

Beli Cincin Baru Dan Loket Emas 916 Di Tahun 2022

Oh ya, saya pun ada beli loket love untuk rantai tangan (RT) saya. Tambah 3.50 gram simpanan emas saya. Rujuk gambar bawah.. saiz loket tu pun agak besar tapi dalam dia kosong.

Beli Cincin Baru Dan Loket Emas 916 Di Tahun 2022

Tadi saya pun sebenarnya ada jual balik emas lama dan trade in 2 cincin belah rotan. Emas lama harganya jadi tinggi dan berbaloi jual. Contohnya saya jual emas yang dibeli pada tahun 2015, masa itu harga emas RM161 per gram. Sekarang saya jual harga RM210 per gram. Alhamdulillah ada untung.

So, kalau orang perlekehkan korang simpan emas sebagai pelaburan.. biarkan mereka. Ada sesetengah orang bersikap skeptikal bila kita simpan emas berbanding wang tunai. Mereka kata, "leceh lah, tak dapat rasa duit kat tangan dan macam-macam alasan. 

Ada bijak pandai berkata,
"Orang yang ada tunai belum tentu ada emas tetapi orang yang ada emas sudah tentu dia ada tunai. Jadi siapa lebih untung??"

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close