Lifestyle Resepi Info Terbaik

Lunch Nasi Ayam Hj Ali Di Taman Nusa Sentral

Lunch Nasi Ayam Hj Ali Di Taman Nusa Sentral. Hari ni ada appointment service kereta di Honda SC, dekat 2 jam urusan pun selesai. Dekat pukul 11.20 pagi kami bergerak balik tetapi perut mula berkeroncong. Tercari-cari kat Google restoran terdekat dan kami terjumpa Nasi Ayam Hj Ali yang agak popular di FB. Ada banyak good review tentang nasi ayam dan servisnya yang cepat. So apa lagi, marilah kita makan nasi ayam hari ni... 

Keadaan jalan pada cuti hujung minggu yang panjang agak lengang, itu yang kami pelik. Adakah semua orang dah malas nak keluar rumah atau masing-masing dah pulang ke kampung melawat orang tua? Tapi yang syoknya, pemanduan kami begitu santai dan tenang.

Lunch Nasi Ayam Hj Ali Di Taman Nusa Sentral

Set yang kami order adalah Nasi ayam sambal madu special, Nasi ayam blackpepper, Ayam tambah, dan juga creampuff. 

Lunch Nasi Ayam Hj Ali Di Taman Nusa Sentral

Lunch Nasi Ayam Hj Ali Di Taman Nusa Sentral

Nasi ayam blackpepper dengan portion ayam yang agak banyak. Not bad perisa dia, ada la rasa blackpepper tu. 😅😅

Lunch Nasi Ayam Hj Ali Di Taman Nusa Sentral

Lunch Nasi Ayam Hj Ali Di Taman Nusa Sentral

Lauk nasi ayam sambal madu special yang saya punya. Yang namanya special tu saya rasa sebab dia tambah potongan tomato dan cili padi di atasnya sebagai hiasan. Jumlah ayamnya agak banyak. Anda pun boleh tengok dalam gambar di atas...

Lunch Nasi Ayam Hj Ali Di Taman Nusa Sentral

Lunch Nasi Ayam Hj Ali Di Taman Nusa Sentral

Lunch Nasi Ayam Hj Ali Di Taman Nusa Sentral

Dan tak lupa sebagai dessert, kami order creampuff. Harga RM7.00 dapat 8 ketul. Rasa dia tentulah sedap sebagaimana kehendak tekak kami. 

Air dipilih pula adalah air bandung soda. Tempahan di buat terus secara online dengan scan QR code yang ada di atas meja. Untuk kesemua hidangan di atas kami bayar RM45.30. Alhamdulillah.. kenyang sudah! Marilah kita pulang. Hehe..

Post You May Like ....


Catat Ulasan

1 Ulasan

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close