Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rojak Gunting Mee Dengan Kuah Yang Sedap

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Rojak Gunting Dengan Kuah Yang Sedap. Rojak ni yang buat sedap dia tentulah kuahnya. Kalau korang compare rojak mee mamak dengan rojak melayu memang ada bezanya. Tapi saya boleh layan kedua-dua rojak asalkan kuahnya sedap. Saya baru je order rojak mee gunting dengan kuah yang sedap iaitu kombinasi rasa pedas dan manis.

Dan rasa manisnya bukanlah manisan gula semata tetapi sebaliknya cukup dengan segala bahan yang menyedapkannya. Mesti ada rahsia yang buatkan kuah rojak mee sedap, iya tak?

Rojak Gunting Dengan Kuah Yang Sedap

Rojak Gunting Dengan Kuah Yang Sedap

Rojak Gunting Dengan Kuah Yang Sedap


Rojak Gunting Dengan Kuah Yang Sedap

Rojak mee gunting dengan bahan-bahan sampingannya yang banyak. Antara isi rojak mee ni termasuklah hirisan cili hijau, salad segar dan telur rebus sebiji.

Rojak Gunting Dengan Kuah Yang Sedap

Rojak Gunting Dengan Kuah Yang Sedap

Rojak mee yang telah dicampur dengan kuah kacang. Barulah naik rasanya.. pedas manis dan lemak harum. Ada bau semacam cili yang mak saya guna dulu-dulu. Terus terimbau masa lalu ketika makan rojak mee di gerai belakang sekolah agama. Hehe...

Rojak Gunting Dengan Kuah Yang Sedap

Rojak mee yang ďibeli ni agak banyak dalam satu bungkusan bernilai RM14.00. Memang banyak, macam boleh kongsi 2 orang makan. Kena dengan anak bujang bongsu saya, dia suruh asingkan mee dengan segala bahan yang lain seperti salad, tepung jemput-jemput, paru goreng, isi ketam, telur, kentang dan tempe goreng. Biasa lah budak pelik.. 😅😅

Beli 2 pack dapat makan untuk 4 orang. Tak payah gaduh tak cukup. Semoga korang pun diberi kesempatan makan sedap-sedap mengikut kesukaan korang. Okay 👌👌

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close