Lifestyle Resepi Info Terbaik

Sarapan Kacang Pol & Nasi Lemak Paru Di Angsana

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Sarapan Kacang Pol & Nasi Lemak Paru Di Angsana. Dah lama tak makan kacang pol. Baru-baru ni pergi Plaza Angsana JB dapatlah lepas geram makan kacang pol. Bagaimana rasanya? Sedap sangat. Dengan roti yang dibakar garing, kuah pencicah yang sedap. Beli satu set kacang pol makan 2 orang pun cukup.  



Nasi lemak berlauk yang jadi pilihan utama di gerai tersebut. Kedai pertama yang kita nampak biasanya itulah kedai yang lekat di mata.. hehe😂😂

Nasi lemak berlauk dengan macam-macam lauk ada..


Selain tu order nasi lemak berlauk dengan roti kosong garing. Kuah dalca untuk roti canai memang sedap uols..

Nasi lemak berlauk dengan paru goreng, pun not bad. Cuma harga dia la yang kena bertahan. Kalau tak cukup ongkos, lebih baik makan kat luar. Lagipun dari pengamatan saya, ramai pengunjung yang bersarapan di gerai Angsana ni adalah orang Singapura. Awal pagi dah penuh dengan rakyat negara seberang tambak. Itu lah sebab mengapa harga makanan kat Angsana agak mahal jugak..


Last sekali kami order roti canai garing. Memang garing uols.. 2 kali saya pesan nak yag garing. Sampaikan pakcik yang buat roti canai tu nak naik angin.. tapi dlm keadaan bergurau la...

Lepas dah kenyang sarapan kita orang jalan dan shopping sakan. Almakkum dah lama tak merayap.. dalàm pukul 2.00 petang dah sampai rumah.

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

close