Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Promosi!!
Advertisement

Memperkenalkan 

Miracaps Apricot Seed  ®

"Produk ini diformulasikan untuk masalah   sendi, gout, lutut dan arthrithis   Tiada kesan sampingan kerana  mengandungi 100% ekstrak biji aprikot berkualiti tinggi dan berasaskan semulajadi, halal JAKIM, berdaftar dgn KKM  dan sentiasa diuji di makmal KKM sendiri."


"Dulu lutut lemah, nak jalan pon susah. Lepas amalkan Miracaps, lutut jadi kuat. Angkat beban berat pon steady ja!" Tuan Ideris, 60 tahun.


Resepi Sup Tauhu Telur Yang Menyegarkan

Baca : GAMBAR LOKASI ....
Resepi Sup Tauhu Telur Yang Menyegarkan. Sup tauhu telur ni bila korang dah pandai dan tahu cara memasaknya yang simple tapi sedap, korang pasti akan repeat buat sup tersebut setiap minggu. Dulu sebelum pandai makan tauhu telur, rasa macam susahnya nak masak dia... hehe, bila dah pandai buat sup tauhu telur @ tahu jepun ni, terus buat tak berhenti. Sebab sup tauhu jepun tak akan buat korang bosan nak memakannya. 😍😍😍

Resepi Sup Tauhu Telur Yang Menyegarkan

Bahan bahan:

2 pek tauhu telur - potong kecil
Udang - saya tak letak
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu makan - Perencah sup Adabi (bancuh dengan air)
Perencah 3 serangkai
Sayuran campur, seperti lobak merah, cendawan, tomato, bunga kobis, brokoli
1 tangkai cili merah - hiris
Fish cake - hiris nipis
Garam secukupnya
Daun bawang
Bawang goreng

Resepi Sup Tauhu Telur Yang Menyegarkan

Resepi Sup Tauhu Telur Yang Menyegarkan

Cara cara buat sup tauhu telur yang simple:


1. Pertama sekali, goreng tauhu telur. Balik balikkan. Angkat dan ketepikan.

2. Kemudian, tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau bersama dengan kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga. Jika menggunakan udang, tumis udang yang dibuang kepala seketika.

3. Masukkan perencah sup Adabi (serbuk) dan air secukupnya. Masukkan carrot (lobak merah) dan masak sehingga mendidih.

4. Masukkan sayuran campuran seperti kobis, bunga kobis, brokoli, cendawan, fish ball dan tomato yang dibelah empat. Bila semua sayuran agak lembut, masukkan tauhu yang telah digoreng tadi. Masukkan garam dan serbuk lada putih secukup rasa.

5. Sebelum dihidangkan tabur cili merah, daun sup dan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Sup tauhu telur anda pasti jadi sedap walau bahan-bahan dia simple je.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments